Seorang pengukir dari Taiwan telah mencipta arca seekor harimau paling kecil pernah dibuat - ia begitu kecil sehingga muat melalui lubang sebatang jarum, dan hanya boleh dilihat dengan kaca pembesar..
Chen Forng-shean, yang telah menjadikan mengukir sebagai hobi sejak 30 tahun lalu, telah mengukir harimau daripada bijirin sempena Tahun Harimau yang akan tiba apabila menyambut Tahun Baru Cina pada 14 Februari ini.
Hanya 1 milimeter (0.04 inci) tinggi, dan sepanjang satu milimeter (1mm), dia berkata ia adalah harimau terkecil di dunia.
Tetapi Chen mengakui yang arca terbaiknya ini dihasilkan setelah 10 kali berusaha bagi menghasilkannya: 'Jika tangan anda bergoyang, hasil kerja anda akan terpelanting dan hilang.'
'Untuk harimau ini, bahagian yang paling sukar adalah kerana ianya tiga dimensi. Ia boleh dilihat daripada sebarang sudut dan masih kelihatan sangat 'hidup'. Mewarnanya juga amat sukar, dengan melukis belangnya dan warna merah untuk mewarnakan lidahnya,' Chen, 54 tahun, menambah.
Arca haiwan yang dicipta mengambil masa tiga bulan secara intensif, telah siap pada November lalu dan Chen berkata ia bernilai 3 juta dolar Taiwan (sekitar RM314,575), walaupun ia bukan untuk di jual.
xSAM Chat
Thursday, January 21, 2010
Harimau Sekecil Bijirin!
Posted by MeLPenang at 7:43:00 AM
Labels: Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment