xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Monday, January 18, 2010

Jackie Chan Patah Jari Kerana 'The Spy Next Door'


PELAKON yang popular dengan aksi seni mempertahankan diri, Jackie Chan dilaporkan telah patah jari kerana adegan pergaduhan dalam filem terbarunya, The Spy Next Door.

Lebih menarik, aktor yang sinonim dengan kecederaan ketika berlakon ini telah bertindak membetulkan semula jarinya kepada kedudukan asal dengan serta-merta di lokasi penggambaran juga.

Menurut laporan, Chan hanya menyedari jari kirinya patah apabila melihat ia terkehel ke arah belakang sebelum merasai kesakitan itu. Namun, Chan tetap meneruskan babak tersebut.

"Saya masih perlu lakukan dua tumbukan. Jika tidak, keseluruhan babak perlu dirakamkan semula daripada awal.

"Jadi, saya perlu terus berlakon sehingga pengarah kata 'Cut' dan hanya betulkan semula kedudukan jari selepas itu," kata Chan dengan selamba.

Insiden itu bukanlah kali pertama dialami oleh Chan ketika melakukan penggambaran filem.

Sebelum ini, Chan pernah retak di buku lalinya ketika penggambaran filem Rumble In The Bronx apabila dia melompat dengan posisi yang tidak betul untuk babak lompatan daripada jambatan ke hoverkraf.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails