Dunia artis untuk tahun 2010 ni nampaknya semakin panas.
Terbaru, bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.
Bagi yang tak tau, selepas Noraniza Idris bercerai dengan Fareez Tajudin, beberapa bulan selepas itu Noraniza dilaporkan telah berkahwin dengan seorang usahawan dari utara tanahair. Bagaimanapun perkahwinan tersebut dirahsiakan dari wartawan. Kira kahwin sembunyi-sembunyi la ni. Dengar citernye, tak lama lepas tu diorang bercerai. Tapi takpe,lama² orang tau jugak.
Berbalik kepada pengakuan Mastura Bakar iaitu bekas madu Noraniza Idris, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.
"Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya," katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.
"Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.
"Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.
Beliau berkata, selepas itu suaminya berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza.
"Dia sendiri mengaku telah berkahwin dengan ketiga-tiga wanita itu kepada saya setelah saya mengemukakan bukti-buktinya.
Untuk rekod Datuk Muhamad Mustafa adalah ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor.
0 comments:
Post a Comment