Seorang ibu sanggup mencacah dahinya dengan alamat web sebuah laman perjudian semata-mata untuk mendapatkan AS$10,000 (RM 33,375) bagi membayar yuran sekolah anaknya.
Karolyne Smith kini terpaksa hidup dengan papan iklan yang kekal di dahinya selepas menerima tawaran jumlah wang tersebut untuk "ruang iklan".
Dia memerlukan wang tersebut untuk menghantar anak lelakinya Brady ke sekolah persendirian.
Karolyne berkata: "Saya teringin benar untuk berbuat begini. Bagi orang lain, ia mungkin perbuatan yang bodoh, tetapi bagi saya, nilai AS$10,000 adalah seperti jutaan dolar."
"Saya hanya hidup sekali dan saya mengorbankan diri untuk anak saya. Ini cuma pengorbanan kecil untuk membina satu masa depan yang gemilang untuk anak saya."
Karolyne tidak membuat keputusan secara terburu-buru. Dia berbincang dengan teman lelakinya Jeremy Williams selama lebih tiga minggu.
Jualan lelong Smith di laman web eBay menarik lebih daripada 27,000 hit dan 1,000 pelayar laman.
Syarikat perjudian internet, Goldenpalace.com menerima tawaran daripada pembida yang menawarkan amaun sehingga AS$999.99.
Goldenpalace.com juga memberikan AS$5,000 (RM 16,687.50) kepada Karolyne kerana menyedari tujuannya berbuat demikian.
Seorang lelaki yang tidak dikenali turut mengikut jejak langkah Karolyne menawarkan dahinya untuk ruang iklan di eBay.
0 comments:
Post a Comment