xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Friday, January 15, 2010

(Review) Adnan Sempit, Filem Melayu Wajib Tonton!

Semalam, team wartawan dan bersama beberapa orang teman ke Midvalley semata-mata untuk menonton Adnan Sempit. Memang kami dah agak cerita ini mesti kelakar dan tidak akan mengecewakan. Kami betul-betul puas hati dengan cerita ni. Sangat menarik dan hebat! Lawak sampai pecah perut. Serius tak tipu.


Classification: U
Genre: Comedy / Drama
General Release Date: 14 Jan 2010
Running Time: 1 Hour 25 Minutes,
Distributor: Metrowealth
Cast: Shaheizy Sam, Along Raja Lawak, Intan Ladyana, Julia Hana, Cat Farish, Reanna,
Director: Ahmad Idham

Sinopsis spontan dari kami tanpa sebarang rujukan.
Well, mengisahkan seorang Mat Rempit yang muka ganas tetapi berhati taman bunga, bernama Adnan (Lakonan Shaheizy Sam). Kenapa nama samaran dia Nan Sempit? Faham-faham je lah kerana status kewangan dia yang sempit. Adnan ni ada seorang member bernama Bobby (Along Raja Lawak). Si Bobby ni baru betul-betul kepala terjah.

Nan Sempit ni pula ada hati dengan bos pejabat dia bernama Nadia (Intan Ladyana). Tapi Nan Sempit ni despatch je, apa sangatlah di mata si Nadia tu kan? Anak orang kaya raya. Tapi sehinggalah terjadi satu kejadian yang membuatkan mereka ni terpaksa ber’couple tanpa kerelaan hati. Kena la tonton kalau nak tahu kenapa.

Dari situ, plot cerita ni berkembang dengan baik. Satu-persatu kejadian yang jadi dan ianya betul-betul diolah dengan sangat lawak dan menarik sekali. Adnan Sempit dengan broken english’nya, memang buat korang gelak sampai sakit perut + nak terkencing.

Oh ya, tapi apa yang menarik dalam cerita ni, kerana kesinambungan dari filem Remp-It lakonan Farid Kamil dulu. Dalam cerita ni si Macha (Cat Farish) dan Julia Hana dan ada anak dan ada warung makan.

Untuk Adnan Sempit, kami berani memberi jaminan dengan RM10 harga tiket, korang akan rasa benar-benar berbaloi. Dan percayalah, Adnan Sempit bukan sebarang cerita murahan atau lawak bodoh seperti filem Senario (download pun not worth it). Jadi pergilah ke wayang terdekat. Semalam sold out tu even tayangan jam 12:20 pagi hari bekerja. Penuh satu panggung. Berderai-derai gelak tawa penonton menyatakan betapa hebat cerita tersebut.

Lakonan anak Ibu Khaty Fauziah dan adik kepada Zizie Ezette ni memang menyerlah. Nyatanya dia memang berbakat. Kalau tak tumpah kuah ke nasi, tumpah ke mana lagi kan? Selamat maju jaya buat Shaheizy Sam. Tidak lupa juga lakonan dari pelakon yang lain sememangnya menjadi. Along Raja Lawak dan Angah Raja Lawak betul-betul menambah kekuatan yang ada pada Shaheizy Sam.

Untuk Adnan Sempit, kami berikan 9.5 dari 10 bintang. Kalau ikutkan hati mahu saja berikan 10 bintang terus tapi memandangkan dalam dunia ni, tiada apa yang sempurna, jadi kami berikan 9.5. Pergilah menonton! Tahniah Ahmad Idham! Well done!!

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails