xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Wednesday, January 27, 2010

Isteri lawat Woods di klinik seks


HATTIESBURG - Elin Nordegren dilaporkan melawat suaminya iaitu bintang golf No. 1 dunia Tiger Woods di sebuah klinik pemulihan ketagihan seks di sini, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Beberapa laporan menyebut bahawa Elin, 29, melawat Woods, 34 yang menjalani rawatan ketagihan seks di klini, Gentle Path di negeri Mississippi, Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu.

Wanita itu kembali ke kediaman mereka di Orlando, Florida lewat Ahad lepas dengan menaiki sebuah jet peribadi selepas beberapa hari bersama suaminya.

Dia dilaporkan turut mempunyai peranan bagi rawatan pemulihan suaminya.

"Kedua-duanya mahu menyelamatkan perkahwinan mereka. Elin meluangkan masa selama lima hari untuk bersama suaminya dan sebuah agensi keselamatan diupah untuk mengelak dia diganggu oleh pemberita," kata satu sumber.

"Saudara kembar Elin dan seorang pengasuh menjaga dua anak mereka sepanjang ketiadaan isterinya," tambah sumber berkenaan.

Jika laporan itu benar, ia memberi tamparan hebat kepada perempuan simpanan nombor satu Woods iaitu Rachel Uchitel yang sebelum ini mengimpikan kehidupan bersama bintang sukan itu.

Pada tahun lalu, akhbar-akhbar di AS dan Barat membongkar skandal seks Woods yang dilabel sebagai ahli sukan terkaya di dunia.

Setakat ini sebanyak 19 perempuan simpanan telah didedahkan oleh media Barat. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails