xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Saturday, January 16, 2010

Rahsia Tingkatkan Keinginan Jerung Mengawan


APAKAH rahsia untuk meningkatkan keinginan jerung mengawan?

Mudah sahaja. Pemilik-pemilik akuarium besar di London memainkan lagu Barry White and Marvyn Gaye dalam air bagi merangsangkan keinginan yu mengawan.

Zorro gagal mengawan dengan spesisnya di akuarium Sea Life Belgium.

Pemilik jerung belang (zebra shark) itu pun memindahkannya ke akuarium Sea Life London pada Hari Valentine.

Paul Hale, kurator akuarium berkenaan berharap dapat mendekatkan Zorro dengan seekor jerung betina bernama 'Mazawabee'.

Bagaimanapun, hubungan mereka hanya platonik, bukan hubungan kasih sayang.

Untuk mencetuskan keinginan Zorro mengawan, pakar-pakar marin cuba menggoda jerung-jerung itu dengan lagu romantik seperti lagu Let's Get It On oleh Marvin Gaye.

"Zorro mempunyai reputasi sebagai ladies shark sementara Mazawabee kesepian untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

"Kami benar-benar berharap mereka dapat mengawan dengan segera," kata Hale.

Menurut Hale lagi, kajian menunjukkan ikan-ikan boleh mendengar muzik dan menghayati beberapa irama dan melodi.

Sehubungan itu katanya, pihaknya bercadang memainkan lagu-lagu cinta yang walaupun ketinggalan zaman tetapi mampu merangsangkan keinginan mengawan jerung-jerung.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails