Sebaliknya, Faizal seperti terikut-ikut dengan penampilan Raja Pop Dunia, mendiang Michael Jackson (MJ) dari segi penampilan dan persembahannya di pentas.
Baru-baru ini di pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 lalu, Faizal yang membawa lagu Bencinta dikatakan mempunyai persamaan dengan persembahan MJ melalui lagu Beat It.
Peluang bertemu Faizal pada sidang akhbar Konsert Satu Suara Aizat dan Faizal Tahir di Istana Budaya kelmarin, dapat mencari jawapan kepada 'krisis' identitinya itu.
Menurut bapa kepada tiga cahaya mata ini, penampilannya itu adalah berkonsepkan tentera dan ia bersesuaian dengan konsep muzik dari albumnya.
“Saya tidak tiru MJ, saya akui dulu saya sering tampil dengan imej superhero sebab ketika itu lagu-lagu saya bersesuaian dengan imej tersebut. Namun untuk muzik saya sekarang dengan single Bencinta ada unsur-unsur ketenteraan, jadi saya ambil konsep ini sebagai penampilan baru saya.
“Ini trend sekarang, ramai sahaja artis luar negara yang berimej sebegini kenapa hanya dikaitkan dengan MJ, cuma mungkin kebetulan MJ meninggal dunia.
“Bagi saya sama ada superhero atau tentera ia harus sesuai dengan muzik yang kita bawakan. Buat masa ini saya rasa imej tentera adalah yang paling sesuai dengan konsep album saya sekarang,” ujarnya.
Ketika ditanya tentang gelaran Super Faizal masih relevan atau tidak disandang oleh jejaka ini, Faizal memberitahu bahawa terpulang kepada peminat untuk menilainya.
“Peminat yang beri gelaran tersebut, jadi saya tidak berhak untuk menentukannya. Terpulang kepada mereka untuk menilai saya. Lagi pula saya sedang sakit mungkin persembahan kini tidak seperti dahulu,” katanya yang bakal beraksi di Konsert Satu Suara Aizat dan Faizal Tahir pada 12 hingga 14 Februari di Istana Budaya.
Persembahan pada AJL lalu telah memaksa Faizal mengambil ubat tahan sakit bagi mengurangkan sedikit kesakitan yang dialami.
Menurutnya, untuk persembahan konsert kali ini dia tidak mahu mengambil sebarang ubat atau risiko yang boleh membahayakan kesihatanya. Namun dia akan pastikan kesihatan dan vokalnya tidak terganggu sepanjang konsert itu berlangsung selama tiga hari.
“Konsert Satu Suara ini adalah peluang yang saya nantikan, saya akan pastikan dapat memberikan yang terbaik pada hari tersebut. Saya sanggup menyanyi dalam keadaan duduk jika terpaksa,” ujarnya yang bakal membawa 10 hingga 15 buah lagu pada konsert tersebut.
Tambahnya, aktiviti akan lebih rancak selepas ini kerana dia turut terlibat dalam konsert yang dianjurkan oleh Hot FM dan mengadakan road tour di seluruh negeri bagi mempromosikan album barunya.
0 comments:
Post a Comment