xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Tuesday, January 12, 2010

Shah Rukh suka kawan perempuan






Shah Rukh Khan






TIDAK mampu dibayangkan apabila aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan duduk di sebuah restoran mewah di London sambil dikelilingi oleh wanita-wanita jelita termasuk isterinya, Gauri.

Bahkan, lebih mengejutkan apabila lelaki kacak itu mengaku dia lebih suka bergaul dengan kaum wanita berbanding golongan Adam sendiri. Kedengaran sedikit pelik, namun kenyataan itu benar belaka.

"Terus-terang, saya tidak ramai sahabat lelaki. Saya sebaliknya lebih suka berkawan dengan wanita. Kerana itu orang di luar sana sering mengaitkan saya ada sedikit ciri kewanitaan.

"Walaupun rapat dengan kaum wanita namun tidaklah sampai saya ada skandal atau menjalinkan hubungan sulit dengan mereka," jelasnya semasa muncul dalam episod pertama program Living With A Superstar - Shah Rukh Khan di saluran Discovery Travel & Living.

Boleh dikatakan hampir semua kawan baik Shah Rukh atau dikenali sebagai King Khan adalah berlainan jantina termasuk Kajol, Farah Khan, Juhi Chawla, Rani Mukerji dan ramai lagi.

Kawan baik lelaki Shah Rukh hanyalah pengarah popular, Karan Johar setelah mereka banyak bekerjasama berdua dalam filem-filem hebat seperti Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Khushi Kabhie Gham dan Kabhie Alvida Naa Kehna.

Filem terbaru aktor itu yang bakal muncul tidak lama lagi My Name Is Khan juga merupakan karya garapan Karan.

Program bersiri televisyen Living With A Superstar - Shah Rukh Khan memaparkan kehidupan realiti pelakon berusia 44 tahun itu untuk tatapan peminat. Menampilkan sebanyak 10 episod, rancangan itu akan mula disiarkan pada 26 Februari ini pukul 9 malam di saluran Discovery Travel & Living (Astro 702).

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails