xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Tuesday, January 19, 2010

MP Sepanyol Kecam FBI Guna Fotonya Sebagai Osama

Gaspar Llamazares


Imej Osama yang diubahsuai daripada foto Gaspa Llamazares


Seorang MP Sepanyol mengadu selepas sekeping gambarnya telah digunakan untuk satu poster terkini Osama Bin Laden.

BBC NEWS melaporkan rambut MP dan bahagian-bahagian mukanya telah diambil daripada gambar foto dirinya untuk menyediakan satu imej terbaru yang diubah secara digital bagaimana Osama Bin Laden kelihatan sekarang.

Gaspar Llamazares merungut bahawa dia tidak lagi akan berasa selamat apabila beliau mengembara di luar negeri dan berkata bahawa dia tidak dapat mempercayai apabila beliau menemui imejnya telah digunakan.

"Saya merasa terkejut dan marah sebab ia perkara yang sangat memalukan kerana menggunakan imej diri seseorang bagi mengesan seorang pengganas," katanya. "Ia hampir sama seperti sebuah komedi jika ia tidak kerana berkaitan dengan Bin Laden dan keselamatan rakyat."

Llamazares menambah bahawa dia memikirkan untuk mengambil tindakan undang-undang dan menambah: "Keselamatan Bin Laden tidak terancam tetapi kini keselamatan saya yang tergugat."

Seorang jurucakap FBI dilaporkan memberitahu akhbar Sepanyol, El Mundo yang organisasi mereka telah mengubahsuai foto Bin Laden pada tahun 1998 bagi menunjukkan bagaimana ia kelihatan sekarang.

Dia menambah bahawa juruteknik yang terlibat dalam proses pengubahsuaian itu "tidak berpuashati" dengan rambut berdasarkan program perisian FBI dan telah mengambil gambar foto Llamazares daripada Google Images.

"Juruteknik tidak mengetahui imej siapakah yang digunakannya malah tidak mempunyai motif tidak baik terhadapnya," jurucakap itu menambah.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails