xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Monday, January 18, 2010

40,000 Pekerja Swasta Diberhenti Akibat Krisis Ekonomi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0501/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg  
 Jumlah pekerja sektor swasta yang diberhentikan kerja akibat krisis ekonomi global sejak tahun 2008 tidak membimbangkan jika dibanding dengan krisis ekonomi sebelumnya, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Senator Datuk Maznah Mazlan.

Beliau berkata sejak Disember 2008 hingga akhir tahun lepas jumlah pekerja yang diberhentikan adalah sekitar 40,000 orang berbanding lebih 80,000 pada krisis terdahulu.

Jumlah 40,000 itu termasuk 3,000 orang yang berhenti secara sukarela dan kebanyakan yang terlibat adalah daripada sektor perkilangan, katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Sijil Kepada Peserta Program "Train and Place" kelolaan Yayasan Murni Kelantan, di sini hari ini.

Maznah berkata bagi membantu golongan itu kerajaan telah menganjurkan pelbagai program pemulihan seperti kursus menjahit bagi mendedahkan mereka kepada peluang pekerjaan baru.

Sebagai langkah susulan, beliau berkata kementerian kini mengkaji kaedah bagi membolehkan golongan itu diberi pinjaman bank agar mereka dapat meneruskan kegiatan ekonomi masing-masing seperti membuka kedai jahitan.- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails