Bukan baling batu balas dengan bom atau lebih malang baling bom balas dengan batu macam di Palestin dan takde kena mengena dengan pepatah ‘baling batu sembunyi tangan’. Boleh juga dalam kata lain orang kentut dibalas dengan semburan perfume. Huhu
Dalam Islam membenarkan Qisas. Qisas ialah membalas semula perbuatan jahat kepada kita tetapi mesti sama. Contohnya jika potong telinga balasannya ialah potong telinga juga. Kalau potong sebelah janganlah potong dua belah telinga pulak. Namun begitu ajaran Islam juga mengatakan sesiapa yang memaafkan perbuatan jahat terhadap dirinya tertutup dosa-dosanya.
Tak sangka Ghandi pun ada mengatakan sebegini, agaknya ajaran Islam pun banyak Ghandi buat rujukan sebab tu beliau disenangi oleh orang Hindu dan orang Islam. Ghandi berpuasa (tiru Islam juga) semasa perang agama Islam dan Hindu hebat di India sehingga perang tersebut damai.
Tapi pemimpin hebat tersebut tidak dapat menandingi malah jauh sangat lagi berbanding dengan pemimpin agung kita Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW dulu bukan baling dengan batu sahaja tetapi dibaling dengan najis pun Rasulullah SAW masih bersabar. Kisahnya ada seorang kafir yang hari-hari baling najis, baling batu kepada Rasulullah , letak duri dan halangan laluan Rasulullah SAW hari-hari. Namun pada satu hari tu, mamat tu tak baling najis kepada Rasullullah. Ya Allah, betapa mulianya Baginda apabila Rasulullah SAW menziarah ke rumah jirannya itu kerana dikhuatiri jirannya tu sakit. Rupanya memang benar dia sakit. Dan melihat keperibadian mulia Rasulullah SAW, beliau terus memeluk Islam masa tu juga.
Nak compare dengan khalifah-khalifah Islam yang empat tu pun tak terbanding.
Selepas era Muawiyah, Islam sudah tidak ada khalifah lagi. Memang sudah ditakdirkan sejak azali kita tiada pemimpin Islam sedunia. Mungkin kerana kita tiada khalifah, walau pun Islam adalah agama yang mempunyai pengganut terbesar di dunia kita tidak segagah dahulu. Umat Islam berperang sesama sendiri, saling menjatuhkan, berebut kuasa sesama sendiri. Sehingga umat Islam digelar pengganas padahal yang menggelar pengganas tersebut ialah negara yang paling ganas sekali kalau tidak takkan mereka mengebom Hiroshima dan Nagasaki sehingga ratusan ribu orang mati. Bukan manusia sahaja malah tiada hidupan bernyawa yang tinggal.
xSAM Chat
Wednesday, January 6, 2010
Baling batu balas bunga
Posted by MeLPenang at 8:07:00 AM
Labels: Pesanan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment