Semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pengerusi perhubungan Umno Perak, BN berjaya merampas kembali pemerintahan negeri itu dari tangan Pakatan Rakyat.
Apabila Umno melakukan rombakan kepimpinan peringkat negeri pada 24 April lalu, Najib mengambil alih pula jawatan pengerusi Umno Selangor.
"Jika kita masih ingat apa yang berlaku di Perak, maka kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa Selangor adalah sasaran Najib seterusnya. Beliau berjanji akan merampas semula Selangor, dan beliau mungkin dapat melakukannya," kata pensyarah antropologi dan sains sosial Universiti Malaya, Noor Sulastry Yurni Ahmad.
Kenyataan perdana menteri itu telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin Pakatan dan masing-masing mengambil langkah untuk memastikan tiada wakil rakyat mereka melompat parti.
Namun, langkah tersebut mungkin sudah terlambat kerana ADUN Pelabuhan Klang dari PKR, Badrul Hisham Abdullah tidak dapat dikesan.
Dengan mengambilkira 'kehilangan' Badrul Hisham dalam kontak ini, nampaknya usaha untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Selangor mungkin sudah lama berjalan, walaupun Najib baru membuat pengumuman mengenainya beberapa minggu yang lalu.
0 comments:
Post a Comment