xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Thursday, September 17, 2009

Orang minyak bermisai cabul gadis



Lebih 300 keluarga di Taman Keladi dan Taman Angsana di sini hidup dalam ketakutan ekoran ancaman 'orang minyak' yang didakwa menceroboh rumah dan mencabul gadis-gadis.

Lebih membimbangkan, orang minyak itu dikatakan hanya memasuki rumah penduduk yang mempunyai anak gadis kononnya untuk tujuan mencabul dan bukan mencuri.

Ini kerana tiada kehilangan barang berharga seperti wang tunai atau barang kemas dilaporkan dalam empat kes pada malam Isnin lalu.

Seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Fatimah, 42, dari Taman Keladi berkata, dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, dia terjaga daripada tidur selepas terdengar anak gadisnya yang berusia 15 tahun yang tidur di sebelahnya di ruang tamu menangis selepas mendakwa terkejut melihat satu lembaga hitam.

Ketika itu suaminya tiada di rumah kerana bekerja di Johor dan mereka lima beranak saja berada di rumah.

"Saya mulanya ingat dia mengigau tetapi anak saya berkeras memberitahu tubuhnya telah diraba oleh satu lembaga yang kemudian dilihat menuju ke dapur," katanya ketika ditemui di sini semalam.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails