xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Tuesday, September 1, 2009

MJ alami serangan jantung beberapa jam sebelum kematiannya


Selepas propofol kini pendedahan baru mengenai kematian Michael Jackson mengatakan beliau sebenarnya mengalami serangan jantung beberapa jam sebelum meninggal dunia. foto-REUTERS

DALAM satu lagi pendedahan mengejutkan serangan jantung yang dihadapi Michael Jackson tiga jam sebelum kematiannya tidak didedahkan kerana mahu menyembunyikan punca sebenar kematian penyanyi terkenal itu, menurut satu laporan semalam.

Michael juga dipercayai diangkat ke biliknya untuk menunjukan seolah-olah dia membunuh diri akibat mengunakan propofol.

Sebelum ini koroner di Los Angeles mengesahkan kematian Michael adalah kes bunuh kerana hasil siasatan mendapati beliau mempunyai kandungan propofol yang tinggi dalam badannya sehingga menyebabkan denyutan jantungnya terhenti.

Pihak polis masih lagi dalam siasatan samaada doktor peribadinya, Conrad Murray boleh didakwa kerana bertanggungjawab memberikan ubat anestatik yang mempunyai kesan kuat itu.

Pendedahan mengenai serangan jantung Michael itu dibuat oleh kawan rapatnya Dr. Steven Hoefflin, selepas dia sendiri berbincang dengan pakar perubatan yang menyiasat kes kematian Michael.

"Michael dikatakan pucat dan lebam di beberapa bahagian, ini bermaksud peredaran darahnya sudah tidak lagi berfungsi seperti normal.

"Ini menunjukan jantung Michael sudah berhenti berfungsi beberapa jam sebelum kematiannya," kata Dr. Steven.

Pakar dari pejabat koroner juga dikatakan berpendapat Michael dipindahkan ke biliknya selepas menghadapi serangan jantung tersebut kerana mereka mendapati ada sesuatu yang tidak kena terhadap kesan 'livor mortis' di badannya.

'Livor Mortis' merupakan kulit akan kelihatan berwarna ungu beberapa jam selepas seseorang meninggal dunia kecuali di kawasan yang telah disentuh.

"Kalau sesiapa mengangkat dan memindahkan mayat tersebut, kesan tersebut akan serta merta hilang.

Bekas agen khas FBI yang telah bersara, Ted Gunderson, berkata pendedahan terbaru itu akan menunjukan Dr. Conrad telah menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan ramai.

"Adakah Murray cuba untuk memperbodohkan orang ramai apabila dia berharap Michael disahkan mati ketika dalam perjalanan ke hospital dengan harapan autopsi tidak akan dibuat?

"Kalau betul, maka ia tidak berjaya, sebab itu dia terpaksa mengaku memberikan propfol kepada Michael," kata Ted.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails