xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Friday, September 11, 2009

Melacur kerana gaji polis kecil



LONDON - Seorang Konstabel polis wanita, Ruth Carter (gambar) kelmarin mendakwa dia terpaksa melacurkan diri kerana pendapatannya sebagai anggota polis terlalu rendah, lapor sebuah akhbar semalam.

Carter, 27, melakukan aktiviti sambilan itu dengan bayaran £150 (RM872) sejam ketika sedang cuti bersalin dengan gaji berbayar.

Namun, dia meletak jawatan selepas identitinya dibongkar seorang wartawan Britain yang menyamar sebagai seorang pelanggannya baru-baru ini.

Sebagai seorang konstabel polis, ibu kepada seorang anak dari Warfield, England itu dianggar memperoleh pendapatan £25,000 (RM145,718) setahun.

"Namun, tidak lama selepas anak saya lahir, saya menyedari gaji saya tidak cukup untuk membayar hutang rumah, bermacam-macam bil dan keperluan anak perempuan saya. Saya akhirnya memutuskan menjadi pekerja seks," kata Carter.

Menurut wanita itu, dia merancang untuk kembali bertugas selepas tamat cuti bersalin setahun di mana hanya sebahagian cuti tersebut dibayar oleh kerajaan.

Susulan skandal itu, Carter yang telah tiga tahun berkhidmat dengan pasukan polis Britain boleh dipenjara seumur hidup kerana melakukan penyelewengan sebagai kakitangan awam. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails