xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Sunday, September 27, 2009

Madonna ingin jual gula-gula!

Madonna melawat bandar Petra di selatan Jordan pada 3 September 2009. Sebelum itu, Madonna telah mengakhiri dua persembahan 'Sticky and Sweet' di Tel Aviv. -Foto AFP

SEMASA kecil, diva pop Madonna bercita-cita bekerja di kedai gula-gula kerana dia teramat sangat suka makan gula-gula.

Menurut media, penyanyi tersohor berusia 51 tahun itu bagaimanapun mengamalkan diet seimbang dan menjalani latihan untuk menguruskan berat badan sekarang.

"Hajat saya memang ingin bekerja di kedai gula-gula. Ini kerana saya teramat sangat suka makan gula-gula. Saya tidak teringin makan gula-gula sekarang kerana semua gigi saya rosak," kata Madonna.

"Saya belajar di universiti selama setahun dan saya suka pergi ke sebuah kedai gula-gula di situ. Saya melihat gula-gula di situ dan fikir, "Alangkah baiknya saya bekerja di sini! Saya boleh dapatkan gula-gula pada bila-bila masa," tambahnya.

Madonna (tengah) melawat runtuhan bangunan Jordanian di Petra pada 3 September 2009. -Foto REUTERS

Cita-cita Madonna berubah apabila dia berpindah ke New York pada 1970-an. Dia ingin menjadi bintang handalan.

"Apabila saya berpindah ke Big Apple (New York), saya tahu saya ingin menjadi seorang penyanyi, penulis lagu dan penghibur," kata Madonna.

"Saya tidak kisah saya akan kelaparan dan tinggal di bilik dengan lima lelaki dan membasuh di sinkin. Itu yang saya akan buat (menjadi penyanyi). Saya pernah menjalani kehidupan yang teruk. Oleh itu, saya tidak kisah."

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails