xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Tuesday, September 29, 2009

Polis Israel bertempur di Al-Aqsa ketika solat


Pertempuran berlaku di Bandar Lama Baitulmaqdis melibatkan sekumpulan remaja Palestin dengan polis Israel di pekarangan Masjid Al-Aqsa semalam.

Beberapa saksi memberitahu, insiden bermula apabila remaja terbabit melontar batu terhadap pasukan polis rejim itu.

Polis Israel berkata, lapan orang ditahan tetapi saksi-saksi melaporkan berbelas-belas individu dilihat mengalami kecederaan.

Menjelang petang, suasana cemas menyelubungi bandar bersejarah itu apabila berpuluh-puluh anggota polis melakukan rondaan di tempat tersebut.

"Terdapat ramai anggota polis dihantar ke bandar lama dan pada keseluruhan keadaan masih lagi aman," kata jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld kepada agensi berita AFP.

Polis dan beberapa saksi berkata, ketegangan berlaku apabila sekumpulan pelancong memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa.

Kejadian itu berlaku selepas sekumpulan pelancong memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa yang disangka sebagai penganut agama Yahudi.

"Kumpulan ini diserang dengan batu dan mereka sebenarnya pelawat Perancis bukan beragama Yahudi yang mengunjungi masjid," kata jurucakap polis Baitulmaqdis, Shmuel Ben Ruby.

Menurut seorang saksi Palestin, Abu Raed, terdapat sekumpulan besar peneroka haram Yahudi yang berkumpul di luar Masjid Al-Aqsa dan cuba untuk memasuki masjid tersebut.

"Sebahagian mereka memasuki kawasan tengah iaitu tempat penganut Islam sedang bersolat. Mereka merupakan peneroka haram Yahudi yang berpakaian seperti pelancong," katanya.

Selepas memasuki pekarangan masjid, kumpulan itu berdepan dengan lebih 100 orang penganut Islam yang kemudian mengherdik dan melemparkan batu.

Menurut beberapa saksi, polis kemudian tiba dan mengiringi keluar pelancong itu

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails