DUNIA artis tidak pernah diidamkan oleh penyanyi indie, Yuna memandangkan dia mencuba nasib dalam industri seni ini sekadar untuk menghiburkan peminat muzik tempatan.
“Saya hanya buat (menghasilkan) muzik untuk orang gembira..,” begitulah luahan Yuna yang tidak menyangka dirinya kini berada sebaris dengan artis-artis ‘mainstream’ yang lain.
Mengenali pemilik nama Yunalis Zarai ini, orangnya tidak sombong, peramah dan meminati dunia muzik, fesyen juga pandai melukis.
Biarpun dirinya sudah dikenali dan menjadi perhatian ramai, Yuna masih tidak mahu orang melabelkan dirinya sebagai ‘artis’.
Kata anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini dalam nada rendah diri, “Saya tak suka dinamakan artis tetapi saya lebih suka digelar pemuzik.
“Kalau jadi artis..kita akan jadi terkenal.. tidak seronok pula. Banyak lagi yang saya kena capai untuk menjadi terkenal.
“Misalnya Datuk Siti Nurhaliza, dia memang layak untuk menjadi artis. Saya rasa diri ini ‘kecil’ dan masih tiada apa-apa lagi..,” luahnya yang turut bercita-cita untuk mengadakan konsert atau showcase seperti Datuk Siti.
Dirinya mula bertapak dalam industri ini sejak tiga tahun lalu dan pernah mencuba bakat dalam program realiti ‘One In A Million’ musim pertama namun terkandas setakat ‘top 40’ sahaja.
“Dulu, saya hanya ‘prepare’ untuk kehidupan yang normal dan melanjutkan pengajian dalam bidang Undang-Undang.
“Tetapi apabila peluang dalam bidang nyanyian ini muncul, terus saya kena tukar perancangan ‘180 darjah’ dengan cepat-cepat.
“Masa mula-mula dikenali, saya rasa terkejut juga. Orang mungkin sangka saya untuk tukar perangai, cara bercakap dan pakai tudung.
“Tapi, saya tak percaya perkara seperti itu dan apa yang saya lakukan hanya menjadi diri-sendiri.
“Dari kecil, saya tak pandai nak bodek orang, lebih suka bersikap jujur, tidak pura-pura, peramah tetapi orang mengambil itu (perangai) dengan mengatakan saya sombong. Sebenarnya saya bukan macam tu,” jelas Yuna.
Sebelum dikenali, Yuna banyak membuat persembahan di gig dan dikenali melalui lagu-lagu Inggeris.
“Ramai peminat muzik indie mengenali saya tetapi untuk ‘mainstream’ ini rasanya lepas saya mula mendapat pendedahan media dalam tahun ini,” katanya yang suka berbuka puasa dengan sushi dan nasi padang.
Anak tunggal yang berdikari
Menyelami kehidupan Yuna, dia bukanlah anak remaja yang suka bersosial di kelab-kelab. Jika bertemu rakan-rakan, Yuna selesa ‘lepak’ di warung-warung atau di pusat membeli-belah sekadar untuk berbual, menonton wayang atau berkaraoke.
Anak tunggal yang masih tinggal bersama kedua ibu bapanya ini juga agak berlainan dengan sesetengah anak tunggal lain yang mungkin manja dengan keluarganya.
Bagi Yuna, setiap perkara yang diingini tidak akan hadir sekelip matatetapi perlu diperolehi dengan usaha dan hasil titik peluh sendiri.
“Apa yang saya nak mesti dengan usaha sendiri dan tengok pada ‘determination’ yang macam mana.
“Ayah saya takkan bagi macam tu sahaja..dia akan tengok ‘ok’ tak pelajaran atau usaha saya dan selepas itu baru dia akan bantu seperti memberi ‘loan’.
“Nak buat rakaman lagu pun dia akan tengok sama ada ‘ok’ atau tak lagu-lagu saya. Lepas tu, saya akan ganti balik duit yang dipinjamkan.
“Kehidupan saya sama saja seperti remaja lain yang kena kerja kuat,” ulasnya.
Walaupun tiada adik-beradik lain, Yuna tetap bersyukur dan berkongsikehidupan yang ada ini dengan keluarga dan saudara-mara terdekat.
“Saya biasa sahaja..tak rasa kekurangan tiada adik-beradik kerana saya masih ada sepupu yang membesar bersama-sama saya. Sampai sekarang saya menganggap sepupu saya, Wawa yang tinggal bersama saya seperti kakak saya.
“Saya lebih suka duduk di rumah menonton DVD dan kalau sebelum ini suka lepak sambil sembang dengan kawan-kawan seperti gitaris dan drummer sehingga pukul 1 hingga 2 pagi tapi sekarang dah susah sebab takut orang kata apa pula.
“Masa dengan kawan-kawan dah kurang dan kalau ada mesyuarat pun kita akan buat di pejabat..,” ceritanya yang meminati band Indie dari Indonesia, Mocca.
Yuna rahsiakan nombor telefon gara-gara kontroversi?
Disebabkan kerjayanya kini bukan sahaja terhad sebagai pemuzik malah juga sebagai ahli perniagaan pakaian dan ksesori ‘IAMJETFUELshop’, Yuna terpaksa melantik rakannya Pa’an sebagai pengurus manakala sepupunya, Wawa sebagai pembantu peribadi yang boleh membantunya berhubung dengan pihak media dan rakan bisnes.
Oleh sebab itu, Yuna telah menukar nombor telefonnya dan menggunakan talian ‘private’ yang terpaksa dirahsiakan daripada pengetahuan mana-mana pihak.
“Saya sudah menubuhkan pengurusan yang baru dan selepas ini saya tidak akan berhubung secara terus dengan media tetapi melalui pengurus saya.
“Kira sekarang saya memakai nombor ‘private’ agar saya lebih mudahuruskan antara peribadi dan kerja.
“Saya ada banyak kerja (nyanyian) dan kedai untuk uruskan dan semuanya tidak boleh berurusan secara langsung dengan saya takut ada salah faham,” jelasnya yang mempunyai dua syarikat iaitu Yuna Room Recordsdan IAMJETFUEL Enterprise.
Menyentuh tentang perniagaannya, Yuna gembira dengan kemajuan kedainya yang semakin menjadi tarikan pengunjung terutama dalam bulan puasa ini.
“Saya tengok sejak kedai itu dibuka, ramai juga yang datang. Masa bulan puasa ini, semakin ramai pula kerana kedai saya dekat dengan Bazar Ramadan.
“Antara pelanggan yang datang ada yang mengatakan mereka singgah ke kedai saya sebelum ke Bazar Ramadan,” katanya mengenai kedai di SS15, Subang Jaya yang dibuka bermula pukul 12 tengah hari hingga 7 malamitu. Untuk bulan Ramadan ini, kedai itu dibuka selepas waktu berbuka puasa.
Selain itu, pelantun lagu ‘Dan Sebenarnya’ ini sedang menyiapkan album terbarunya yang kini telah siap sebanyak 40 peratus sejak dibikin sejak Mei lalu.
Yuna yang mewarisi bakat nyanyian dan bermain gitar menerusi bapanya itu turut menggunakan idea bapa dan ibunya sebanyak 10 peratus untuk menghasilkan album yang berkualiti yang dijangka akan siap pada hujung tahun ini.
Penyanyi berusia 23 tahun ini juga teruja untuk melakukan persembahan jelajah sempena ulangtahun ke-10 Mocca di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia mulai Oktober ini.
0 comments:
Post a Comment