xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Sunday, March 21, 2010

Umie Aida Hampir Terbatal PerNikahan Kerana Fobia Kisah Putus Cinta



Aktres popular, Umie Aida atau Umi Khalsum Rahmad Ali nyaris membatalkan pernikahannya dua hari sebelum rombongan keluarga dan rakan karibnya berangkat ke Tanah Suci Makkah.

Menurut pelakon berusia 36 tahun itu, keputusan berkenaan hampir diambil berikutan perasaannya yang berbelah bagi serta bimbang tidak mampu mencintai bakal suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan seperti diharapkan. “Selepas majlis berinai berlangsung Isnin lalu, tiba-tiba saya merasakan hati ini berbelah bagi. Saya juga takut tidak mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri seperti diimpikan abang. “Barangkali perasaan itu hadir kerana saya pernah melalui pengalaman putus cinta,” katanya selepas majlis pernikahannya yang berlangsung jam 6.20 petang semalam (waktu tempatan).

Namun, semua keraguan itu hilang apabila melihat kesungguhan Khairuddin membawa dia dan rombongannya ke Kota Makkah demi menunaikan hajat yang diimpikan selama ini. “Dari situ saya melihat kesungguhan abang untuk mengotakan janjinya bernikah di hadapan Kaabah walaupun terpaksa melalui proses yang agak rumit,” katanya. Pasangan mempelai itu dinikahkan jurunikah, Maruwan Zakaria, berwalikan abangnya, Ahmad Reedzuan dengan sekali lafaz. Pada majlis itu, Umie menerima mas kahwin berjumlah Saudi Riyal 1,818.18 (RM1,663.63) dan sebentuk cincin berlian.

Umie kelihatan anggun mengenakan sepersalinan telekung rekaan Jovian Mandagie. Pada sebelah malamnya pula, pelakon utama filem Embun itu meraikan rombongan dalam satu majlis resepsi di sebuah restoran di hotel penginapan mereka. Rombongan ke tanah suci disertai seramai 20 orang termasuk ibu pengantin perempuan, Asmah Ali; kakaknya, Erma Fatima; penerbit, Ziela Jalil serta rakan terdekat. Sekembalinya ke tanah air, Umie akan mengadakan majlis resepsi di Hotel One World, Bandar Utama yang dijadualkan pada 28 Mac ini. Antara tetamu kehormat yang dijangka hadir, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails