xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Saturday, March 6, 2010

Implan Payudara Selamatkan Wanita Daripada Tembakan

http://i.telegraph.co.uk/telegraph/multimedia/archive/01586/implant_1586224c.jpg
Jika terdapat sebarang persoalan mengenai keselamatan implan payu dara, berita ini akan membuktikan pengkritik-pengkritik ini salah, kerana satu silikon wanita bersaiz D-cup telah menyelamatkan nyawanya daripada tembakan.

Bila seorang penembak melepaskan tembakan di sebuah klinik gigi di Beverly Hills, Lydia Carranza telah ditembak dengan sepucuk senapang separa daripada jarak dekat.

Senapang diajukan secara langsung ke bahagian jantungnya tetapi mujurlah implan-implan payu daranya 'menahan' tembakan itu, dan melindungi organ-organ pentingnya daripada peluru, Daily Telegraph melaporkan.

Penembak itu menyerang pejabat klinik gigi untuk membunuh isteri doktor gigi yang telah dibunuh dahulu sebelum dia menembak Puan Carranza.

Dr Ashkan Ghavami memberitahu bahawa jika bukan kerana merupakan penanaman implan silikon payudaranya itu, dia mungkin tidak terselamat daripada peluru itu.

Lydia, yang mempunyai tiga anak, menjalani pembedahan pembesaran buah dada beberapa tahun lepas untuk menambah saiz payudaranya daripada B-cup kepada D-cup.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails