Penyanyi di sebalik lagu hit, 'The Poker Face' berada di kota tersebut untuk konsert dua harinya itu dilaporkan lambat selama 45 minit semasa raptai, menurut akhbar Daily Star Sunday.
Menurut laporan itu lagi, penyanyi yang terkenal dengan pakaian anehnya itu, akan menghadapi denda yang banyak oleh penerbit konsert tersebut.
"Lady Gaga sepatutnya membuat raptai itu pada pukul 7 petang dan persembahan pertama sepatutnya diadakan sejurus selepas itu. Memang selebriti itu akan melakukan raptai sampai dia puas hati.
"Oleh sebab itu, Gaga lambat 45 minit dan dia enggan memotong segmen itu.
"Gaga tidak kisah didenda asalkan dia puas hati dengan hasil kerjanya," kata sumber itu lagi.
Persembahan Lady Gaga turut disaksikan oleh bintang ternama lain seperti Cheryl Cole, Lily Allen, Sharon Osbourne dan Emma Bunton.
0 comments:
Post a Comment