Guo Feng, 53, berusaha mencari kaedah penyelesaian untuk masalah buah dadanya itu kerana mengganggu kerja hariannya.
Ratusan manusia sering berkumpul di ladangnya hanya untuk melihat keadaan fizikal dirinya dan ketawa — ini memaksanya sering memakai sehelai kot tebal sepanjang masa, walaupun ketika musim panas.
Mr Feng berkata: "Kira-kira 10 tahun lepas dada saya mula membesar tetapi saya tidak terlalu memikirkannya kerana berat badan saya ketika itu meningkat dan anggota badan yang lain turut menjadi gemuk.
"Tetapi beberapa tahun kebelakangan pembesaran dada saya semakin menjadi-jadi dan mula pergi dari satu hospital ke hospital yang lain untuk mendapatkan rawatan, tetapi tiada siapa yang dapat membantu.
"Saya telah menghabiskan semua wang saya untuk menjalani pelbagai rawatan namun ia masih tidak menunjukkan pengurangan — malah dada saya bertambah besar berbanding sebelumnya.
"Kadang-kadang saya terfikir para doktor itu tidak mahu menolong saya kerana saya dijadikan bahan ujikaji perubatan untuk mereka."
Dr Zhang Lilan dari Jinan Chest Hospital, Beijing berkata dia tidak pernah melihat sesuatu seperti ini sejak berkhidmat selama 30 tahun sebagai doktor pakar.
Katanya: "Lelaki adalah dalam keadaan seperti lelaki kecuali di bahagian dadanya.
"Dia seorang petani dan amat tidak selesa ketika melakukan banyak pekerjaan.
"Kami meragui samada dia ada termakan sebarang racun atau bahan-bahan tercemar tetapi tidak menemui apa-apa selepas menguji darahnya. Bahan genetiknya juga normal. Ia bukan sejenis barah.
"Kelihatan seperti ia hanyalah lemak. Kami mengesyorkan ia adalah kes terbesar bagai dada seorang lelaki."
Mr Feng yang sedih dengan keadaannya berkata dia akan memotong buah dadanya sendiri jika tiada siapa yang boleh membantunya.
Bagaimanapun doktor-doktor menyatakan mereka tidak akan membuat sebarang tindakan sehingga mereka dapat memastikan masalah sebenar.
xSAM Chat
Monday, March 29, 2010
'Buah Dada' Lelaki Terbesar
Posted by MeLPenang at 9:27:00 AM
Labels: Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment