xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Tuesday, March 9, 2010

Selangor, P.Pinang, Kedah & Kelantan mendahului negeri-negeri lain di Malaysia

Selangor, kerajaan negeri menarik 278 projek perindustrian iaitu jumlah paling tinggi di Malaysia, dengan hasil pelaburan hampir RM7 bilion. Lebih 20,000 peluang pekerjaan diwujudkan.

Kad laporan Selangor Mac 2008- Mac 2010 menunjukkan kadar jenayah turun 5.3 peratus, 54,339 kes tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada 2008. Indeks jenayah yang berjaya dikurangkan membawa kepada peningkatan kualiti hidup untuk rakyat Selangor.

Di Pulau Pinang, kerajaan pimpinan Lim Guan Eng meluluskan 104 projek industri. Kad laporan Pulau Pinang Mac 2008-Mac 2010 mencatatkan lebihan belanjawan RM88 juta, 200 hub pendidikan, bantuan untuk SAR, sekolah Cina dan Tamil dan berjaya menghapuskan kemiskinan tegar. Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk mencatat lebihan belanjawan sebanyak RM88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM35 juta.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan negeri ini sebagai pusat pendidikan terunggul. “Kerajaan pimpinan Guan Eng turut memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 97 ribu setiap sekolah, RM 60 ribu untuk sekolah Cina dan RM 63 ribu kepada sekolah Tamil".

Kerajaan negeri Kedah, di bawah pimpinan Azizan Abdul Razak, mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009. “Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan.

Sedangkan di bawah pentadbiran umno-bn, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah” kata Anwar.

Di Kelantan, Anwar berkata meskipun di tindas oleh Umno-BN sekian lama, kerajaan pimpinan Nik Aziz berjaya dalam program negeri berkebajikan. “Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu”.

Selain itu kerajaan negeri berjaya menguruskan sumber airnya sendiri di samping menjadikan Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN. “Kerajaan negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan. Kemahiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails