Siti Suriane Julkarim atau dikenali sebagai Yanie, 25, disahkan meninggal dunia pada pukul 1.15 tengah hari semalam akibat ketumbuhan paru-paru di Hospital Keningau, Sabah.
Ketika dihubungi, suaminya Irfin Abdul Manan, Allahyarhamah Yanie menderita sakit tersebut sejak dikesan pada Disember 2009 dan dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan rapi pada Februari lalu.
"Pada Disember Yanie sudah mula sakit dan apabila kami buat pemeriksaan di hospital, dia disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian paru-paru.
"Namun arwah tenat sejak bulan Februari. Dia hanya terlantar tidak bercakap dan tidak lalu untuk makan,".
Dalam pada itu, Irfan turut menyampaikan pesanan arwah isterinya sebelum menghembuskan nafas terakhir iaitu meminta maaf kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan artis dan pihak media serta pengurusnya.
"Sebelum arwah benar-benar nazak dia menyampaikan pesanan agar dimaafkan segala perbuatannya yang menyinggung mana-mana pihak, iaitu kepada keluarga, rakan-rakan artis, pihak media dan bekas pengurusnya yang selama ini menyokong kerjaya sebagai artis," ujarnya penuh hiba.
Jenazah Yanie telah selamat dikebumikan pada pukul 12.00 tengah hari tadi di Tanah Perkuburan Islam Likas, Sabah.
Allahyarhamah Yanie yang merupakan pemenang tempat ke-3 musim pertama Mentor telah berkahwin pada November 2007 dengan Irfin Abdul Manan dan meninggalkan seorang anak bernama Iris Sofea Irfin berusia 2 tahun.
xSAM Chat
Monday, March 22, 2010
Jenazah Yanie Mentor Selamat Disemadikan
Posted by MeLPenang at 10:57:00 PM
Labels: Hiburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment