xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Monday, March 8, 2010

Kathryn Bigelow Ketepikan Bekas Suami James Cameron Di Oscar

ANUGERAH Akademi ke-82 yang berlangsung di Kodak Theatre, Hollywood (9 pagi ini waktu Malaysia) telah menyaksikan filem arahan Kathryn Bigelow, The Hurt Locker mengenepikan saingan kuat daripada filem arahan bekas suaminya James Cameron, Avatar apabila dinobatkan sebagai Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik di anugerah filem paling berprestij itu.

Kemenangan The Hurt Locker bukan sahaja menyangkal filem Avatar yang disebut-sebut sebagai pilihan untuk kategori Filem Terbaik, malah turut mencipta rekod tersendiri apabila Kathryn Bigelow menjadi pengarah wanita pertama memenangi anugerah itu dalam sejarah Oscar.

Berikut adalah senarai penuh pemenang untuk setiap kategori:

Filem Terbaik:The Hurt Locker

Pengarah Filem Terbaik:Kathryn Bigelow - The Hurt Locker



Pelakon Lelaki Terbaik:Jeff Bridges - Crazy Heart

Pelakon Wanita Terbaik:Sandra Bullock - The Blind Side



Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik:Christoph Waltz - Inglourious Basterds

Pelakon Wanita Pembantu Terbaik:Mo'Nique - Precious: Based on the Novel 'Push' by Sapphire



Filem Animasi Terbaik:Up - Pete Docter

Penataan Seni Terbaik:Avatar

Sinematografi Terbaik:Avatar - Mauro Fiore

Rekaan Kostum Terbaik:The Young Victoria - Sandy Powell

Suntingan Filem Terbaik:The Hurt Locker

Lakonlayar Adaptasi Terbaik:Precious - Geoffrey Fletcher


Filem Animasi Pendek Terbaik:Logorama

Kesan Visual Terbaik:Avatar


Skor Asal Terbaik:Up - Michael Giacchino

Dokumentari Terbaik:The Cove

Filem Bahasa Luar Terbaik:The Secret In Their Eyes (Argentina) - Arahan Juan José Campanella

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails