xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Friday, March 12, 2010

Hidup Pattinson Tak Ubah Seperti Pontianak Kini


KEHIDUPAN aktor Robert Pattinson tidak ubah seperti kisah pontianak yang dibawanya dalam filem Twilight kerana dia jarang keluar rumah pada siang hari takut diserbu peminat. Pelakon berusia 23 tahun itu, yang membawa watak Edward Cullen dalam filem adaptasi dari judul novel yang sama, memberitahu dia tidak suka menjadi buruan paparazi.

Hanya ketika dia memandu seorang diri ke Los Angeles barulah dia dapat menikmati ketenangan.

"Saya bekerja keras setahun suntuk tanpa ada rehat berpanjangan. Masa yang betul-betul saya rehat bila saya memandu ke LA. Kalau tidak hidup saya akan senantiasa dikerumuni peminat," katanya lepada Daily Telegraph.

"Bila saya dapat melepasi serbuan dari peminat, saya seperti tidak percaya saya terpaksa berbuat demikian.

"Saya selalu ingatkan diri saya yang saya kini adalah seorang pelakon," katanya.

Pattinson juga masih tidak percaya di mana-mana jua dia berada samada di Britain atau Amerika, sambutan yang diterima di luar jangkaan.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails