xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Thursday, March 11, 2010

Saya Peminat Shah Rukh - Akon


PENYANYI R&B, Akon ke negara India untuk merakamkan lagu bagi filem terbaru yang dibintangi Shah Rukh Khan berjudul Ra.One. Akon juga mengakui dia adalah antara peminat bintang Bollywood itu dan kunjungannya adalah bukan sahaja untuk merakamkan lagu tetapi turut akan mengadakan persembahannya di negara tersebut.

"Saya adalah peminat Shah Rukh. Saya sudah biasa bekerja dengannya. Saya juga pertama kali bertemu dengan aktres jelita Kareena Kapoor," kata Akon.

Akon bukan sahaja menyanyi lagu itu, tetapi turut terlibat sebagai komposer lagu tersebut untuk filem Ra.One.

"Saya juga komposer untuk lagu itu. Dua buah lagu yang masih dalam proses untuk disiapkan itu akan saya berikan kepada Shah Rukh. Saya turut memasukkan elemen yang terdapat dalam filem tradisional Bollywood. Mereka juga boleh memilih lagu yang sesuai untuk filem terbaru itu," ujarnya.

Dalam filem terbaru itu, Shah Rukh Khan akan memegang watak superhero yang diterbitkan oleh Syarikat Red Chilies Entertainment.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails