xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Wednesday, March 3, 2010

Filem My Name Is Khan Terlaris Di Amerika

FILEM terbaru bintang Bollywood, Shah Rukh Khan, 'My Name is Khan' berjaya jadi filem terlaris di Amerika Syarikat.

Seperti dilaporkan di Indiatimes, filem itu diputar tiga minggu di pawagam di Amerika dan Kanada.
Hasilnya, 'My Name is Khan' berhasil meraih US$ 3.6 juta. Angka itu memecahkan rekod 'Om Shanti Om', filem Shah Rukh Khan sebelumnya ini yang mengumpulkan US$ 3.5 juta.

Selain itu, 'My Name is Khan' juga menjadi filem Bollywood yang paling berjaya dalam sejarah box office Inggeris.

Sejak ditayangkan pada 12 Februari kelmarin, filem tersebut menjadi filem Bollywood dengan pendapatan terbesar di minggu pertamanya dengan angka US$ 1.4 juta.

'My Name is Khan' merupakan filem garapan sutradara, 'Kuch Kuch Hota Hai', Karan Johar. Selain Shah Rukh Khan, filem tersebut juga dibintangi Kajol dan Sonya Jehan.

Filem tersebut menarik perhatian karena tidak seperti filem Bollywood lainnya. Filem ini berkisar kisah Rizwan Khan, lelaki muslim yang mengidap penyakit Aspergers Sindrom dan hidup di Amerika setelah kejadian 9/11.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails