Iklan adalah satu teknik promosi. Promosi adalah penting kepada mana-mana perniagaan pun. Iklan memang cepat mempengaruhi. Produk yang biasa-biasa sahaja pun boleh jadi killer jika iklan nya power. Sebab tu company sanggup mengeluarkan wang berjuta RM semata-mata untuk iklan.
Iklan paling hangat di tahun 2009 ialah iklan “potong”. Iklan potong yang pernah menjadi kontroversi kerana dikatakan mempunyai double meaning kepada perkataan “potong” tu. Rasanya ramai yang dah potong dan dah mencuba servis yang diiklankan tu iaitu P1 Wimax.
Tapi dari komen yang saya baca di forum-forum dan dari mulut ke mulut mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan P1 ni adalah indah khabar dari rupa. Nasib baik lom potong dan tak mungkin akan potong sebab servis streamyx yang saya gunakan jarang menghampakan.
Mungkin anda tidak berpuashati dengan satu servis tu tetapi tidak semestinya yang lain tu lebih baik. Dinasihatkan sebelum potong tu semak dulu coverage di kawasan anda. Gambar di bawah ialah gambar yang diupload oleh saudara clorox bersih seorang forumer mengenai P1 Wimax yang ia gunakan.
Memang streamyx kadang-kadang selow tapi tak la sampai terpaksa letak modem dalam plastik dan gantung di tepi tingkap. Nasib baik tak potong.. potong sekali dah la huhuhu…
xSAM Chat
Monday, January 4, 2010
Potong sekali dah la..
Posted by MeLPenang at 9:56:00 PM
Labels: Tempatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment