xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Tuesday, December 8, 2009

Virgin Galactic : Kini Anda Boleh Terbang Ke Angkasa Dengan Harga RM700 Ribu



Virgin Galactic, mencatat sejarah manusia sebagai satu-satu’nya pesawat komersial angkasa di dunia. Imaginasi manusia untuk terbang ke angkasa dengan kos yang rendah akhirnya tercapai apabila pemilik syarikat Virgin, Richard Branson menunaikan harapan tersebut.

Anda tidak perlu lagi berdaftar dengan NASA atau menjalani latihan angkasa lepas selama setahun seperti yang pernah dialami oleh Syeikh Muzaffar. Dengan kos serendah RM700 ribu, anda akan dapat melihat keindahan bumi serta merasai sendiri pengalaman anti graviti. Kos ini juga meliputi latihan 3 hari yang akan anda jalani sebelum berpeluang terbang ke angkasa.

Apa yang menarik, rupa bentuk pesawat komersial angkasa milik Virgin tidak menyerupai roket angkasa yang biasa kita lihat. Virgin Galactic akan diterbangkan oleh 2 kapal terbang kecil ke ketinggian 18km, dan kemudian baru dilepaskan dengan kelajuan roket ke ketinggian 104km dari aras bumi. Perjalanan hanya memakan masa selama 2 jam 30 minit, bersamaan dengan masa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bangalore, India.





Syarikat Virgin juga merancang untuk menggunakan Virgin Galactic bagi memendekkan masa penerbangan dari Amerika ke Australia daripada 15 jam ke 90 minit. Caranya, terbang secara suborbit.

Potensi pelancongan ke angkasa juga amat luas. Para saintis & pengkaji mampu melakukan proses ujian atau menghantar pod kecil ke angkasa tanpa memerlukan bantuan kerajaan. Kami yakin, selepas ini anda boleh bermain gasing di angkasa seperti yang pernah dilakukan oleh Syeikh Muzaffar.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails