xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Wednesday, December 23, 2009

Soal Duit Royalti Seri Bayu : Mahkamah Arah Siasat Penyata Bank Penyanyi Erema

 http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1122/Kosmo/Negara/ne_02.1.jpg

Ni bukan sudah jatuh ditimpa tangga, tetapi seperti jatuh ditimpa treler! Kami amat simpati dengan nasib komposer Sri Bayu yang dikatakan agak malang, sudah’lah sakit, kini timbul pula dakwaan bahawa isteri’nya, penyanyi Erema telah memasukkan wang royalti lagu ciptaan’nya ke dalam akaun bank sendiri.

Berikutan itu, Mahkamah Rendah Syariah telah memerintahkan Maybank untuk mengeluarkan penyata akaun bank supaya siasatan dapat dijalankan. Menurut Erema, Seri Bayu menerima royalti sekitar RM8000 setahun daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP), dan setakat ini mereka sudah menerima cek berkenaan sebanyak 3-4 kali.

Seri Bayu, pada asalnya boleh memberikan nafkah zahir. Namun, selepas setahun beliau tidak berupaya untuk melakukan perkara yang sama akibat sakit saraf. Sejak itu, kata Erema, beliau cuba menampung kehidupan keluarga dengan menjual barang kemas, menggunakan duit simpanan & duit persembahan’nya. Masalah kewangan yang teruk turut menyebabkan kereta mereka ditarik, sewa rumah juga tertunggak sehingga tuan rumah mengambil barang-barang dalam rumah itu tanpa pengetahuan’nya.

Pada kami, masing-masing mempunyai alasan tersendiri. Erema masih muda & sihat, manakala Seri Bayu pula sedang sakit & sensitif. Mungkin cinta antara mereka sudah tiada, tetapi sekurang-kurang’nya sifat ihsan dalam diri sendiri jangan’lah dihilangkan.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails