xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Wednesday, December 30, 2009

"Saya bukan ditangkap kerana dadah." - Qi (blogger boy)

Gosip yang mengatakan Qi atau Qushairi Razali yang lebih dikenali menerusi rancangan 'Destinasi Bajet' dan siri 'Blogger Boy' di 8TV, turut sama ditahan polis dalam serbuan di Rootz Club bersama² dengan Awal Ashaari & Scha, adalah benar.

"Saya bukan ditangkap kerana dadah. Saya juga tidak mengambil dadah dan tidak dimasukkan ke dalam penjara seperti yang didakwa," ujar Qi, yang juga adik Shahrin Blackrose.

Qi mengaku ditahan polis dan menjalani ujian air kencing dan kemudian dia dibebaskan. Apabila ditanya apakah keputusan ujian air kecing tersebut. Adakah positif atau negatif. Ini jawab Qi,

"Sebelum saya beri apa-apa komen, lebih baik kita tunggu surat daripada pihak polis. Apa yang saya boleh katakan, saya tidak mengambil apa-apa ubat selain ubat doktor," jelasnya lagi.

Qi menegaskan cerita dia positif dadah tersebar disebabkan oleh salah faham. Dia ke pusat hiburan itu untuk meraikan Hari Jadi rakannya yang baru datang dari United Kingdom. Sambut hari jadi jugak, sama cam Scha.

"Saya baru sampai dalam 10 minit di pusat hiburan itu iaitu dalam pukul 2.45 pagi. Apabila serbuan dibuat, saya tidak membantah selepas diminta membuat ujian air kencing.

"Dalam masa yang sama, saya turut merasa risau juga kerana tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini," ceritanya.

"Saya rasa perkara ini sensitif dan tak nak beritahu lebih-lebih sebab ia boleh memberikan kesan kepada keseluruhan karier saya. Saya berjanji akan ceritakan apa yang berlaku sebenarnya nanti," beritahunya lagi dalam nada tenang.

Antara kesamaan dalam cerita Qi dan Scha, diorang datang ke situ tuk menyambut hari jadi kawan mereka. Dan aku juga baru tau, rupanya Qi tu adik kepada Shahrin Backrose dan (bekas) adik ipar Ida Nerina.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails