xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Sunday, December 20, 2009

(Gambar) Ummi Nazeera dipukul Remy Ishak

Retetan kes pergaduhan Remy Ishak dan Ummi Nazeera, sampai sekarang tak tahu lah siapa yang salah. Dan apa “barang” yang dikatakan Remy tu pun masih menjadi tanda tanya. Dan hari ini, petikan dari Harian Metro turut memaparkan wajah Ummi Nazeera yang katanya dipukul tu.

KUALA LUMPUR: “Saya nampak Remy pusing badan dan melibas tangan dengan laju ke arah muka kiri cik muda (Ummi Nazeera),” kata seorang saksi kes pergaduhan antara pelakon drama Nur Kasih dan teater Natrah, Remy Ishak, 27, dengan pelakon remaja, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 19.

Tindakan Remy itu menyebabkan Ummi terjatuh, kata pembantu rumah pelakon remaja berkenaan, Susi Sumarni, 24.
Dia tampil membuat pengakuan di hadapan ibu Ummi, Datuk Maziah Musa, malam tadi, semata-mata mahu menjelaskan kedudukan sebenar kejadian yang berlaku di bawah kondominium di Jalan Ampang, dekat sini, 4 Disember lalu. Menurutnya, ketika kejadian dia berada di tangga kondominium berkenaan.
Nampaknya ni adalah ulang tayang kes Rihanna dan Chris Brown la beb! Tapi versi Malaya. Lelaki pukul wanita memang dayus. Tapi dalam situasi tertentu, mungkin perlu dilakukan. Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails