xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Thursday, December 24, 2009

Sedutan Pengakuan Kisah kahwin Zizie Ezette dan Bung Mokhtar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxgxtriod6QBBWTsiAdmeQ0Yc4Y0O_nB_d16NBftuv_bugdW3bI9z7PlC2N9wPRow84GStcOJl_fMfygBh2TffoY1gTaGU-Y2LL5ZLsfPQl_Dj-IjNrwfB1Yga1wDAK3dSGB_FF67Z_Rir/s400/zizibung.jpg

Antara topik hangat masa kini dalam dunia hiburan mahupun dunia politik adalah kisah dolak dalih perkahwinan pelakon Zizie Ezette dan ahli parlimen Bung Mokhtar. Kisah mereka menjadi hangat kerana setiap hari versi pengakuan mereka berbeza², hari ni kata ya,besok kata tak,lusa kata ya pula. Jika kita ikuti kronologi pengakuan mereka di akhbar, tentu rasa kelakar dibuatnya.

16 Disember - Pelakon terkenal tanah air, Zizie Izette, 31, mengakui dia sudah dilamar oleh seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan bersedia bergelar isteri.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya, perkara ini tak betul. Mereka baru ingin kenal hati budi masing-masing," kata Khaty, ibu kepada Zizie

17 Disember - Beberapa akhbar utama melaporkan Bung Moktar seperti merendah diri.

"Saya tidak cukup handsome untuk dia," jawapan ringkas Ahli Parlimen Kinabatangan itu, sekali gus menafikan beliau sudah menikahi Zizie seperti yang diperkatakan ramai.

Kenyataan daripada ibu Zizie, Khaty Fauziah dalam Harian Metro yang tetap merestui jika memang sudah ditakdirkan Bung Moktar menjadi pasangan hidup anaknya itu.

"Zizie sudah mula bercinta sejak usia 14 tahun dan dia juga sudah berjumpa dengan ramai lelaki tapi nampaknya dia masih belum bertemu jodoh.

"Justeru, sebagai ibu saya terima jika ditakdirkan Tuhan, Zizie berkahwin dengan suami orang atau menjadi isteri kedua kerana siapalah kita untuk menolak ketentuan Tuhan," katanya.

Bagaimanapun, dia menafikan anak gadisnya itu sudah dilamar ahli parlimen berkenaan.

"Sebenarnya tidak ada ura-urapun pihak Datuk Bung ingin melamar Zizie lagi. Saya juga tidak tahu dari mana pihak media mendapat cerita Zizie dilamar. Saya juga malu untuk bertanya kepada Datuk Bung sendiri bagaimana pihak media mendapat cerita berkenaan.

"Saya cuma tahu mereka baru saja berkawan dan Zizie juga belum memberitahu saya jika dia ada perancangan untuk berkahwin dengan Datuk Bung.

"Sebenarnya bukan Zizie saja yang kenal Datuk Bung, saya juga sudah mengenalinya sejak dulu. Tapi saya tidak tahu pula jika Zizie dan Datuk Bung ada perancangan untuk berkahwin," katanya.

Kata Khaty, dia juga tidak tahu-menahu bilakah pihak Datuk Bung akan menghantar rombongan meminang Zizie.


18 Disember - Berita Harian mengeluarkan berita bertajuk 'Rakan sahkan nikah pelakon, Bung Moktar tak mengaku.'

Rakan karibnya, Datuk Mohamad Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, mengesahkan pernikahan mereka.

"Dah selamat... saya doakan beliau bahagia. Saya sempat berpesan kepada Bung Moktar jangan berahsia lagi... biar semua kawan tahu kerana ucapan tahniah adalah doa," katanya.

20 Disember - Pada muka depan akhbar Inggeris pula, Bung Moktar mengakui yang mereka sudah berkahwin tetapi minta orang ramai supaya menghormati privasi.

Kata Zizie dalam laporan yang sama: "Tanyalah Datuk jika mahu kepastian."

Ibu kepada aktres Zizie Ezette, Khaty Fauziah, enggan mengesahkan tentang perkahwinan anaknya itu dengan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin.

"Saya tidak mahu komen. Tanyalah Zizie sendiri. Saya hanya doakan yang terbaik untuk dia. Kalau benar sudah jodoh, saya sebagai ibu pasti akan merestuinya," kata Khaty apabila diminta mengulas lanjut tentang pengakuan Bung Mukhtar bahawa beliau sudah mengahwini Zizie.

Itulah antara cerita dolak dalih tentang perkahwinan mereka berdua. Bagaimanapun Bung Moktar atau Zizie masih merahsiakan tarikh perkahwinan dan lokasi, spekulasi yang tersebar mengatakan mereka diijabkabulkan pada 16 atau 17 Disember lalu berdasarkan Zizie yang mengambil cuti dua hari berkenaan daripada penggambaran siri Suraya.

Yang pasti diorang dah kawin dan kita tunggu je lah diorang buat sidang media tak lama lagi.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails