xSAM Chat
Friday, December 18, 2009
Kemarau 20 tahun berakhir, tewaskan Vietnam 1-0
VIENTIANE: Malaysia akhirnya menamatkan kemarau pingat emas bola sepak dalam Sukan SEA selepas mengalahkan Vietnam, 1-0 di peringkat akhir yang berlansung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Kebangsaan di sini hari ini.
Pemain-pemain kebangsaan bawah 23 tahun tiba dengan tidak diberi harapan memenangi sebarang pingat membuat kejutan dengan memenangi pingat emas pada Sukan SEA-25 itu.
'Kemenangan' itu dihadiahkan oleh hasil gol sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-84 sekali gus menjadikan jumlah pungutan pingat kontinjen negara sebanyak 40 emas di sini.
Kali terakhir Malaysia memenangi emas untuk bola sepak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 1989, dengan kemenangan 1-0 ke atas Singapura.
Pemain Vietnam, Mai Xuan Hop (kanan) menangis ketika pemain-pemain Malaysia meraikan kemenangan mereka. -Foto AP
Kemenangan itu menjadi lebih manis selepas Malaysia ditewaskan oleh Vietnam 1-3 pada perlawanan peringkat kumpulan 6 Disember lalu.
Pada saingan suku akhir, pemain-pemain muda negara menundukkan juara bertahan Thailand, 2-1 di peringkat kumpulan untuk menempah tempat separuh akhir sebelum menewaskan Laos, 3-1 di hadapan 20,000 penyokong tuan rumah.
Posted by MeLPenang at 3:48:00 PM
Labels: Sukan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment