xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Wednesday, December 23, 2009

Penerbit Filem Datuk Adzhar Sulaiman Hadapi Tuduhan Ubah Wang Haram RM60 Juta

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1011/Kosmo/Hiburan/hi_02.1.jpg

Errrr! Bukan setakat bapa, kedua-dua anak perempuan’nya turut menghadapi pertuduhan yang sama. Mereka dikatakan menggunakan wang haram untuk membeli beberapa hartanah di Perak dan Pahang, membeli produk insurans, pelaburan serta memindahkan wang ke akaun anak syarikat mereka.

Datuk Adzhar Sulaiman, penerbit filem “Shhh.. Dia Datang” yang dibintangi pelakon, Saiful Apek serta dua anak perempuan’nya dikatakan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah di antara Julai 2006 hingga Oktober 2008. Berikutan itu, mereka kalau disabitkan kesalahan akan menjalani hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Disebabkan kerugian yang besar, mahkamah telah menetapkan bon jaminan setiap seorang sebanyak RM1 juta dengan cagaran sebanyak RM150 ribu beserta seorang penjamin.

Datuk Adzhar Sulaiman, pemilik syarikat Noradz bukan sahaja terlibat dalam penerbitan drama & filem. Malah beliau juga menjalankan perniagaan pelaburan, penyewaan kereta dan insurans.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails