SEORANG "lelaki tanpa wajah" kini berpeluang untuk menjalani kehidupan normal rentetan kemajuan dalam bidang sains perubatan.
Jose Mestre yang berasal dari Lisbon, Portugal mengalami "kehilangan" wajahnya ekoran ketumbuhan pada bahagian itu sejak 35 tahun lalu.
Tumor itu masih tumbuh sekali gus merencatkan wajah normal Mestre sama sekali.
Sebenarnya, tumor pada wajah Mestre, 51, berpunca daripada satu koleksi pembuluh-pembuluh darah yang terus berkembang.
Ini menyebabkan kulit kemerah-merahan timbul dan seolah-olah bengkak.
Jose Mestre dilahirkan dengan satu tanda lahir berwarna strawberi pada bahagian atas bibirnya.
Semasa baligh, ia mula berkembang dan akhirnya melitupi bibir, hidung dan salah satu matanya.
Sekarang tumor itu berukuran 33 sentimeter panjang dan seberat tiga kilogram.
Atas kepercayaan agama, Mestre enggan menerima pemindahan darah. Ini menghalangnya daripada menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut. Keadaan luar biasa Mestre itu pernah menjadi subjek dokumentari, 'Discovery Channel TV' bertajuk, "The Man With No Face".Dokumentari itu adalah sebahagian daripada siri 'My Shocking Story'.
Dokumentari itu mendedahkan bagaimana pakar-pakar perubatan berusaha membantu Jose yang terkenal di jalan-jalan sekitar Lisbon.
Seorang pakar bedah terkenal dari Britain menawarkan diri untuk merawat Jose dengan menggunakan gelombang ultrasound.
Gelombang itu dapat menggumpalkan darah sebelum pembedahan dijalankan.
Ini diharapkan dapat mengurangkan risiko pendarahan yang teruk. Selain itu, kaedah ini dapat memenuhi tuntutan kepercayaan agama Mestre yang tidak membenarkan pemindahan darah.
Seorang doktor lain, Dr Ian Hutchison dari Hospital St Bartholomew di London yakin pembedahan dengan 'harmonic scalpel' dapat menjadikannya lebih normal.
Impian Mestre untuk "berwajah" nampaknya akan tercapai.

0 comments:
Post a Comment