Pelakon berusia 24 tahun itu turut diperintahkan untuk menjalankan kerja-kerja amal selepas habis hukuman 90 hari itu.
Hukuman ke atas Lohan diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Beverly Hills, Marsha Revel, Selasa lalu.
Setelah hukuman dijatuhkan, pelakon itu menangis di mahkamah.
Hakim turut memerintahkan supaya hukuman itu berjalan mulai 20 Julai ini selain dia perlu mengawal pengambilan alkohol dalam badannya agar tidak berlebihan.
Sebelum ini Lohan pernah diperintahkan supaya memakai gelang bagi mengesan tahap alkohol dalam badan selepas dia gagal hadir ke mahkamah pada 24 Mei lalu.
Pelakon itu popular menerusi filem Mean Girls. - AFP
0 comments:
Post a Comment