xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Monday, July 19, 2010

Kirsten Dunts Bercinta Dengan Dua Lelaki Sekaligus

http://images.fanpop.com/images/image_uploads/Kirsten-Dunst-kirsten-dunst-221948_1024_768.jpgAKTRES cantik Kirsten Dunts seolah-olah sukar melupakan cinta lamanya. Khabarnya dia sedang bercinta dengan dua lelaki yang merupakan bekas kekasihnya.

Beberapa bulan kebelakangan ini, Kirsten kembali mesra dengan Jake Hoffman, anak aktor Dustin Hoffman yang pernah menjadi kekasih Kirsten pada 1998.

Namun selang sebulan selepas itu, bintang filem Spiderman itu juga dilihat kerap berdua-duaan dengan Jason Boeel, pemuzik band indie.

"Kirsten selalu bertukar kekasih setiap jam. Kirsten tak boleh memutuskan siapa lelaki yang ingin dimilikinya," ujar sumber kepada Showbiz Spy, Sabtu.

Jason merupakan lelaki pintar yang sangat menyukai seni. Dia ingin berkeluarga dengan Kirsten, namun wanita berusia 28 tahun itu menolak untuk berkahwin saat ini.

Sementara Jason merupakan lelaki yang tidak begitu komited. Jason fobia dengan komitmen dan Kirsten selesa dengan hal tersebut.

"Dia tidak pernah mengeluh kerana kedua-duanya sangatlah hot. Kirsten amat menyukai kedua-duanya, jadi sebab itu dia merasa bingung," jelas sumber.

Sahabat-sahabat Kirsten lebih memilih Jake berbanding Jason untuk menjadi pasangan sejati wanita itu kerana lelaki itu lebih fokus pada hidupnya.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails