GULISTAN: Demi memenuhi tuntutan kerajaan dalam kempen mengurangkan jumlah kelahiran, doktor Uzbekistan melakukan amalan yang melanggar hak pesakit.
Aktivis hak asasi manusia negara itu melaporkan ratusan wanita yang menjalani pembedahan dibuang rahim mereka tanpa pengetahuan atau persetujuan mereka. Seorang mangsa, Saodat Rakhimbayeva, 24, meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati selepas mengetahui doktor membuang rahimnya ketika melahirkan anak menerusi pembedahan. “Doktor tidak pernah meminta persetujuan saya sebelum pembedahan. “Saya hanya diberitahu selepas pembedahan selesai dijalankan,” kata wanita itu.
Menurut kumpulan hak asasi, pembuangan rahim itu dilakukan bagi mencegah populasi yang semakin meningkat selain mengehadkan bilangan etnik tertentu. Negara Asia Tengah itu yang mempunyai 27 juta penduduk adalah antara negara yang paling padat di samping kadar kemiskinan yang tinggi.
Beberapa pengkritik berkata, doktor ditekan secara langsung oleh kerajaan untuk bertindak demikian.
“Arahan itu datang daripada pihak atasan,” kata Khaitboy Yakubov, ketua sebuah pertubuhan hak asasi manusia Uzbekistan.
Sebelum, ini, Presiden Islam Karimov melancarkan kempen merancang keluarga dalam usaha mengurangkan kadar kelahiran yang semakin meningkat di negara itu.
Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan dilaporkan mengarahkan petugas perubatan memantau pemeriksaan kesihatan ke atas wanita di bawah kategori usia subur. Arahan itu juga menekankan pembedahan membuang rahim secara percuma diberikan kepada wanita yang ingin melakukannya secara sukarela. “Doktor yang bertugas di hospital kerajaan diarah merealisasikan kempen kerajaan itu,” kata Khaitboy. – Agensi
xSAM Chat
Monday, July 19, 2010
Doktor ‘curi’ rahim pesakit
Posted by MeLPenang at 12:20:00 PM
Labels: Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment