xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Thursday, July 15, 2010

ESQ boleh diteruskan

Sebelum ini, entri fatwa pengharaman ESQ di isuhangat mendapat respon pro dan kontra dari pembaca yang dikupas dengan baik dengan fakta masing-masing.

Semalam, Majlis Muzakarah Jawatankuasa Khas Fatwa Kebangsaan memutuskan, modul pengajaran dan latihan yang dijalankan oleh syarikat ESQ Leadership Center Sdn Bhd yang menimbulkan kontroversi sebelum ini, boleh dilaksanakan dan tidak bercanggah dengan hukum syarak.


Bagaimanapun jawatankuasa itu juga memutuskan, ia mestilah diawasi oleh panel syariah yang dilantik ESQ.

Baguslah kalau isu ini dapat diselesaikan dengan baik demi kesejahteraan Ummah. Kita yang hidup di akhir zaman dengan pelbagai input dari pelbagai media memang banyak cabarannya. Oleh itu sebarang kekeliruan berkenaan agama Islam mmg sepatutnya di selesaikan dengan segera dan telus. berkata, keputusan itu dibuat setelah muzakarah yang bersidang pada 16 Jun lalu berpuas hati dan berpandangan bahawa kebanyakan unsur-unsur keraguan yang terkandung dalam kursus tersebut boleh diperbetul dan diperjelaskan.

Menurut pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, muzakarah turut memutuskan pihak ESQ perlu membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti dan perlakuan yang boleh menimbulkan keraguan atau yang boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan syariat Islam.

“Sepertimana yang termaktub dalam undang-undang, kuasa untuk mengeluarkan fatwa adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri.

“Muzakarah menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh negeri-negeri termasuklah fatwa mengenai ESQ yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan,” katanya ketika mengumumkan keputusan mengenai status ESQ di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam, Rabu.

Adakah ini bermaksud ESQ mungkin tetap tidak dibenarkan dijalan di Wilayah Persekutuan?

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails