Penduduk Kg Binjai di Bayan Lepas mengecam ADUN BN, Muhammad Farid Saad (BN) yang mendakwa bahawa mereka telah diusir dari rumah masing-masing tanpa notis sepatutnya.
Farid - yang juga setiausaha kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Mohd Nor Yaacob - dilaporkan oleh akhbar harian berbahasa Malaysia pada 5 Julai lalu, sebagai berkata, penduduk diberi notis secara tiba-tiba supaya mengosongkan rumah mereka.
Dia juga dilaporkan berkata bahawa pengusiran secara mendadak itu telah memaksa tujuh keluarga dari kampung tersebut menumpang di dewan orang ramai Permatang Damar Laut.
Dakwaan tersebut dinafikan oleh wakil jawatankuasa bertindak Kg Binjai, Mohd Faizal Ab Rahman. Menurutnya, beliau baru saja menyedari mengenai projek pembangunan tersebut, ekoran notis yang dipasang oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang baru-baru ini.
"Wakil Pulau Betong memfitnah kerajaan negeri dan cuba menciptakan rasa takut di hati penduduk kampung," katanya dalam satu kenyataan media.
"Kenyataannya (Farid) itu tidak bertanggungjawab dan secara tidak langsung akan mencetuskan sentimen perkauman di kalangan penduduk terhadap kerajaan negeri," tambahnya.
Mohd Faizal berkata beliau yakin kerajaan negeri sekarang akan menyelesaikan masalah antara penduduk dengan pemaju berkenaan.
"Kami tidak menentang pembangunan dan kami yakin bahawa penyelesaian yang baik akan dapat dicapai antara kedua belah pihak. Dan untuk maklumat anda., YB (Farid), kami masih di sini," katanya.
"Jangan lupa bahawa sebahagian daripada kami pernah diusir dari Kg Batu pada 2006, dan YB yang mewakili kami di Bayan Lepas (Lim Chien Aun dari Gerakan) adalah juga bekas exco negeri yang bertanggung jawab atas perumahan," tambahnya.
Sementara itu, ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang Iszuree Ibrahim mengecam Farid kerana cuba memprovokasi penduduk dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri bertindak kejam terhadap 46 keluarga yang tinggal di kawasan seluas 2.5 hektar itu..
Iszuree, ahli majlis lantikan PAS berkata, kenyataan Farid dalam akhbar harian berbahasa Melayu itu, mengandungi pembohongan untuk merendah-rendahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, yang kini diterajui oleh DAP.
xSAM Chat
Friday, July 16, 2010
Kg Binjai: ADUN UMNO menipu!!!!!!
Posted by MeLPenang at 7:52:00 AM
Labels: Tempatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment