xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Thursday, August 27, 2009

Keluarga terakhir dinasti Kennedy meninggal dunia


Senator Amerika Syarikat, Edward Kennedy melambai ketika berjalan keluar dari Hospital Besar Massachusetts di Boston, Massachusetts, pada 21 Mei 2008. -foto REUTERS

BOSTON – Ahli keluarga lelaki terakhir keluarga bekas Presiden Amerika, John F Kennedy, Senator Edward M. Kennedy, meninggal dunia lewat malam Selasa.Mendiang berusia 77 tahun.

Merupakan salah seorang senator yang paling lama berkhidmat dalam sejarah senat Amerika, Edward telah bertarung dengan kanser otak sejak Mei 2008.

Kematian beliau merupakan noktah terakhir dalam sebuah dinasti yang mewarnai dan mencorak sejarah politik Amerika Syarikat untuk sekian lamanya.

Dua daripada abangnya - Presiden John F. Kennedy dan calon presiden, Robert Kennedy -yang merupakan figura paling berpengaruh yang pernah dikenali di Amerika mati ditembak ketika masih memegang jawatan dalam kerajaan pada tahun 1963.

Robert sebelum mengumumkan pencalonannya untuk kerusi presiden sebelum itu pernah berkhidmat sebagai peguam negara di bawah pentadbiran John F. Kennedy. Di dalam pentadbiran Amerika Syarikat, peguam negara adalah merupakan satu jawatan kabinet.

Beliau juga menjadi mangsa pembunuhan pada kempen pilihanraya presiden pada tahun 1968.

Seorang lagi keluarga Kennedy, Joe Kennedy seorang juruterbang Angkatan Udara Amerika juga terbunuh pada Perang Dunia Kedua manakala anak kepada Presiden Kennedy, JFK Jr juga terbunuh selepas pesawat pribadi yang dipandunya terhempas di Tanjung Cape pada tahun 1999.

Dalam reaksi segera, Presiden Barack Obama menyatakan rasa terkejut dan sedih di atas kematian Edward. Edward memang dikenali sebagai penyokong kuat Obama di kalangan pemimpin Parti Demokrat.

Senator Edward Kennedy berucap semasa perhimpunan untuk menyokong calon presiden dari Democratic, Senator Barack Obama di Universiti America, Washington pada 28 Januari, 2008.

Dikenali dengan gelaran "Teddy," mendiang juga pernah menyertai pertandingan di peringkat parti untuk memperolehi pencalonan mewakili Demokrat bagi kerusi presiden Amerika pada tahun 1980 tetapi tewas kepada Jimmy Carter yang kemudiannya memenangi kerusi presiden dalam pemilihan sebenar.

Selepas kegagalan itu, beliau tidak pernah mencuba untuk bertanding kerusi presiden lagi sepertimana abang-abangnya dan hanya mempertahankan kerusi senator yang diwarisinya daripada John F. Kennedy.

Beliau dilahirkan pada 22 Febuari 1932, Bapanya Joseph adalah seorang jutawan dan pernah dilantik menjadi duta ke Britain.

Pada Mei tahun lalu, Edward ditemui pengsan di kediamannya di Tanjung Cape dan selepas menerima rawatan di Boston telah disahkan mengidap kanser otak. Pada 11 Ogos baru-baru ini, kakaknya Eunice Kennedy Shriver meninggal dunia pada usia 88 tahun.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails