xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Wednesday, August 26, 2009

5 Fakta Benar Tentang Malaysia

http://www.sa-free.org/wp-content/uploads/2009/07/1_malaysia.jpg
FAKTA PERTAMA – Malaysia BUKAN 52 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31 Ogos. Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk kesahihan fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau Minah Serawak. Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963 BUKAN 31 Ogos 1957.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgYVkdXByW9MhtM7t1aFLMyJzYJXEnzMwSX_2zhwNQXuU_VCOFGvoI7B8ExaCSsH0qVIDdwTGOrHRPOGNMnpZJMEkgAaMMNb4B23LwtvOoIPdFGLycJKPgjkVjy_2YXMWeJO0pj-tEJXk5/s400/612.jpg

FAKTA KEDUA - Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay National Organisations. Projek United Malay Organisations ialah HIDUP Melayu yang mana banyak bersekongkol dengan British untuk kuasa dan kepentingan yang lain.

http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/bkx_717-xh200.jpg

FAKTA KETIGA - Kemerdekaan di capai tanpa tumpah darah. BOHONG. Penyokong dan anggota Parti Komunis Malaya, PKMM, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Hisbul Muslimin, Malayan Democratic Union adalah di antara ribuan anak bangsa yang telah mengangkat senjata melawan penjajah British.



Pierre-Jean de Béranger (1780-1857)

FAKTA KEEMPAT – Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke 19. Beliau yang menulis muzik lagu Memula Moon a. k.a Negara-ku.

http://spektrumku.files.wordpress.com/2008/06/us-flag.jpghttp://kampungrison.files.wordpress.com/2008/11/malaysia.gif

FAKTA KELIMA - Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini berkibar sebagai bendera negara Indonesia, Singapura dan di pakai oleh United Malays National Organisations sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails