xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Wednesday, August 5, 2009

Bas percuma kepada pengguna Hotlink

Khidmat bas percuma kepada pengguna Hotlink 8 Ogos




Ribuan penduduk di bandar ini akan mendapat kemudahan perkhidmatan bas secara percuma yang ditawarkan oleh Maxis Communications Bhd. (Maxis) melalui jenama prabayarnya, Hotlink pada 8 Ogos ini.

Ketua Wilayah Pantai Timur Maxis, Mazlan Mokhtar berkata, sebanyak 15 buah bas yang mempunyai jenama Hotlink disediakan untuk membawa penumpang tanpa bayaran tambang bermula pukul 8 pagi hingga 7 petang.

Menurutnya, bas itu akan berlepas dari bandar ini ke 11 laluan yang telah dikenalpasti.

"Bas percuma ini diadakan sebagai sebahagian daripada kempen Maxis selain untuk menghargai para pengguna setia di Kelantan.

"Untuk tujuan itu, 600 orang penumpang pertama akan menerima cenderahati manakala 300 pelanggan Maxis atau Hotlink yang pertama menaiki bas akan menerima kad tambahan kredit Hotlink bernilai RM10," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails