xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Monday, August 10, 2009

JAWATAN KOSONG DI MAIJ

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAIJ)

Rakyat negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang telah menduduki negeri Johor tidak kurang 3 (tiga) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana berikut :

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (GURU TAHFIZ) Gred DG 41

2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (lelaki sahaja) Gred S41

3. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BUKAN SISWAZAH (Guru Orang Asli) (lelaki sahaja) Gred DB17

4. PEMBANTU TADBIR (Perkeranian/Operasi) Gred N17

5. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (Perempuan Sahaja) Gred S17

6. PEKERJA AWAM Gred R1

DOWNLOAD IKLAN
http://www.maij.gov.my/jawatan/jawatan_ogos09.pdf

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN
http://www.maij.gov.my/jawatan/borang_jawatan_maij.pdf

CARA MEMOHON :
1) Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN (ASAL) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR yang boleh didapati di Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 5, Blok `B’, Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru atau Pejabat-pejabat Agama Daerah @ melalui laman web: www.maij.gov.my

2) Permohonan borang jawatan kosong melalui pos hendaklah dicatitkan dengan perkataan ‘MEMOHON BORANG PERMOHONAN JAWATAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR’ dan disertakan sekali satu sampul surat berukuran 22cm x 12cm yang beralamat sendiri dan bersetem 30 sen.

3) (a) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan dokumendokumen berikut :
(i) Gambar berukuran pasport ;
(ii) Salinan Sijil Kelahiran pemohon ;
(iii) Salinan Kad Pengenalan ;
(iv) Salinan Sijil Keputusan SPM, Diploma, Ijazah dan transkripnya ;
(v) Dan lain-lain sijil yang berkaitan.
(b) Semua salinan sijil dan dokumen hendaklah dicap “DIAKUI SALINAN SAH” dengan dakwat berwarna biru serta ditandatangani oleh pegawai kumpulan Pengurusan Profesional @ yang setaraf dengannya.

4) Sila catat nama jawatan yang dipohon dan tarikh iklan ditutup di penjuru kiri atas setiap sampul surat.

5) Borang permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.

6) Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi disertakan bersama.
PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA ;

Setiausaha
Majlis Agama Islam Negeri Johor
Pusat Islam Iskandar Johor
Tingkat 5, Blok `B’
Jalan Masjid Abu Bakar
8000 Johor Bahru


Tarikh Tutup : 18 Ogos 2009

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails