xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Sunday, August 16, 2009

Bakal jadi jutawan kerana Internet




Berbekalkan inisiatif dan bantuan Internet, seorang ibu tunggal dari South Shields, England, Lauren Luke bakal bergelar jutawan selepas dia terpaksa berhenti sekolah ketika berusia 15 tahun untuk membesarkan seorang anaknya.

Namun, terima kasih kepada pengaruh Internet yang berjaya mengubah nasib wanita berusia 27 tahun itu.

Nasibnya berubah apabila dia mula menjual pelbagai jenama mekap popular di laman lelongan eBay di Internet beberapa tahun lalu.

Atas permintaan pelanggan, Luke kemudian merakamkan klip video berhubung cara-cara menggunakan produk berkenaan dan memuat naiknya ke laman perkongsian video YouTube.

Klip video itu ditonton lebih 54 juta kali.

Kejayaan itu menyebabkan Luke dihubungi oleh firma mencari idea baru dan penjenamaan popular, Anomaly.

Firma Anomaly kemudian bekerjasama dengan firma kosmetik Zorbit bagi mengeluarkan rangkaian mekap Luke menerusi syarikat By Lauren Luke.

Syarikat itu dimiliki bersama oleh Luke, Anomaly dan Zorbit.

Dia kini menandatangani satu perjanjian untuk menerbitkan buku dengan syarikat Hodder & Stoughton dan mencipta permainan Supermodel Makeover menerusi gajet Nintendo.

"Sukar untuk mempercayai bahawa nasib saya boleh berubah. "Sebelum ini, saya kais pagi makan pagi," katanya.

Pada awal tahun ini, dia memeterai kontrak bernilai lebih sejuta dolar dengan pemilik YouTube, Google yang memberikannya hak pendapatan daripada iklan.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails