xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Monday, August 24, 2009

Hukum Sebat : Hina Mahkamah Syariah

Begitu bencinya para pemimpin ini terhadap undang-undang yang Allah tetapkan. Terkini pernyataan Shahrizat Jalil kepada media berhubung hukuman sebat yang dikenakan kepada seorang model yang telah disabitkan kesalahan minum arak dengan berkata

"keputusan ini akan mewujudkan satu precedent yang tidak sihat dan memberi gambaran negara Malaysia mengamalkan sistem syariah yang amat mengerunkan utk kaum wanita".




Seorang model pelancongan dijatuhi hukuman maksimum iaitu denda RM5,000 dan enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas dia mengaku bersalah meminum arak di Hotel Legend Cherating di sini tahun lalu.Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas menolak rayuan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang memohon dikecualikan daripada hukuman sebat, denda minimum dan tidak dipenjarakan.

Berita Asal :

Tertuduh dalam rayuannya memberi alasan ia boleh menjejaskan masa depannya.Hakim Abdul Rahman dalam penghakimannya berkata, hukuman yang selaras dengan undang-undang harus dijatuhkan bagi menginsafkan tertuduh supaya orang ramai turut sama menjauhi arak."Hukuman diberikan untuk menghindar orang lain daripada meminum arak yang jelas (menjadi) ibu kepada kesalahan. Apabila minum arak, ia akan menyebabkan seseorang itu hilang akal dan melakukan pelbagai kesalahan," katanya.


Ulasan :

Cukup menyedihkan suatu hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah Syariah, dan sudah menjurus kepada hukuman Islam dipandang sebagai satu hukuman yang zalim dan tidak relevan. Pernyataan Shahrizat bukan sahaja merendahkan institusi kehakiman Syariah dalam negara,malah memberi gambaran sepenuhnya sikap dan siapa dia Shahrizat yang sebenarnya, seorang yang prejudis dan benci kepada undang-undang sebat yang menjurus kepada undang-undang Islam ini.


0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails