Berita kematiannya menggemparkan dan menjadikan nama Noordin Mohammed Top semakin 'top'. Suspek pengganas itu dilaporkan terbunuh apabila sepasukan polis anti keganasan mengepong selama 17 jam lalu menyerang sebuah rumah ditengah-tengah sawah padi di Dusun Beji, Desa Kedu, Temanggung, Jawa Tengah. Pihak polis melaporkan bahawa Noordin adalah salah seorang daripada empat penghuni rumah usang itu.
Ada dua persoalan yang timbul ekoran peristiwa ini. Pertama adakah benar suspek seorang pengganas, malah paling merbahaya di Asia Tenggara sehingga perlu diburu hingga ke lubang cacing? Yang kedua adakah benar orang yang ditembak mati itu Noordin? Aku lebih suka memperkata tentang persoalan kedua, iaitu adakah benar Noordin sudah mati ! Sebab itulah bila laman PerakExpress.com menyiarkan berita Noordin ditembak mati, aku segera memberi komen "Boleh percaya ker ? Betul ker dia mati ? Entah-entah orang lain yang mati !"
Kita semua masih ingat. Sekurang-kurangnya sudah 3 kali Osama Ben Laden dilaporkan terbunuh, tetapi setiap kali berita kematiannya tersebar Osama akan muncul di dalam klip video menandakan Osama atau nama sebenarnya Us?mah bin Mu?ammad bin `Awa? bin L?din masih hidup. Bukan sekadar masih hidup malah ada laporan dalam internet mengatakan beliau bersama beberapa pengikutnya pernah dilihat di Seri Aman, Sarawak. Hah ?
Sebut sahaja namanya semua orang mengenali Vellupillai Prabhakaran. Beliau adalah pemimpin Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka. "DIA adalah satu-satunya manusia di Sri Lanka yang boleh menentukan waktu aman atau perang," kata seorang bekas kumpulan LTTE, Dharmalingam Sithadthan merujuk kepada pemimpin LTTE, Velupillai Prabhakaran. Itu yang diucapkan Sithadthan kepada sebuah agensi berita antarabangsa.
Selama lebih suku abad perang saudara, Prabhkaran melahirkan satu kumpulan militan yang menguasai seni pengeboman berani mati sejak 1983. Merekalah pelopor teknik pengeboman berani mati kerana ketika al-Qaeda belum pun lahir.
Beliau beberapa kali dilaporkan dikepong dan ditembak, malah dilaporkan mati oleh pihak berkuasa, namun dia bersama LTTE kembali mengganas selepas itu.
Prabhakaran hanyalah betul-betul ditembak mati pada bulan Mei tahun ini dalam operasi habis-habisan ke atas kawasan kecil di timur laut Sri Lanka oleh pasukan komando Sri Lanka ketika dia cuba melarikan diri zon perang. Mayatnya ditemui dalam sebuah ambulans yang dimusnahkan tentera ketika dipandu laju meninggalkan kawasan pertempuran menjelang subuh.
Hari Jumaat lepas Kerajaan Pakistan mengumumkan Baitullah Mehsud, Ketua Taliban Pakistan telah terbunuh bersama isteri keduanya dalam serangan udara pesawat tanpa juruterbang Amerika pada hari Rabu. Menteri Luar Negeri, Shah Mahmoud Qureshi mengesahkan 100 peratus kematian Baitullah Mehsud.
Hari ini pula akhbar Times of India memaparkan berita dari Peshawar "Baitullah Mehsud is killed; Baitullah Mehsud is alive" menunjukkan bahawa kematian Mehsud adalah diragui.
Sementara itu dalam panggilan telefon kepada Associated Press, salah seorang pembantu peribadi Mehsud, Hakimullah berkata "ada kuasa luar tertentu" menghebahkan khabar angin mengenai kematian Mehsud, agar beliau keluar dari persembunyian dan menjadi sasaran peluru berpandu Amerika.
Hakimullah berkata, Taliban akan menunjukkan bukti bahawa Mehsud masih hidup beberapa hari lagi.
Bagaimana dengan Noordin benar Mohammed Top ? Adakah benar beliau telah mati ditembak kelmarin setelah sekian lama diburu oleh pihak Polis Republik Indonesia ?
Ulamak radikal Indonesia, Ustaz Abu Bakar Baasyir mengatakan Noordin adalah mujahid yang sedang berjuang. Malah Ustaz Abu Bakar dan pusat pengajiannya Pondok Pesantren Al Mukmin Ngruki tidak akan mengadakan solat ghaib kerana menganggap Nordin masih bebas. Beliau yakin drama serang hendap terhadap Noordin sebagai sandiwara.
Sandiwara tersebut sengaja diciptakan oleh Polis Republik Indonesia untuk menutupi kegagalan polis dan pasukan risikan dalam menangkap Dr Azhari (rakan Nordin) sebelum ini. Bagi Ustaz Basir, kematian Dr Azhari bukan kerana tembakan polis, sebaliknya pihak polis menemui mayat Dr Azhari yang sudah meninggal dunia kerana sakit. Beliau sudah meninggal dunia sebelum dijumpai oleh polis. "Bukan kerana ditangkap polis," kata Ustaz Abu Bakar Baasyir yang pernah tinggal beberapa tahun di Malaysia, iaitu di Banting, Selangor dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Malam ini berita di TV melaporkan pihak polis sendiri meragui mayat yang kepalanya sudah hampir terbelah itu sebagai Noordin, walaupun kelmarin pihak polis sudah mengesahkannya.Ketua Polis Indonesia Bambang Hendarso Danuri mengaku belum dapat mengesahkan bahawa lelaki yang mati ditembak di Temanggung Jawa Tengah kelmarin adalah pengganas rakyat Malaysia Noordin Mohammed Top.
"Sesungguhnya orang yang mati syahid itu bukanlah mati ! Dia hidup di sisi Allah SWT."Rakyat selamanya hanya dipertontonkan sandiwara pemerintah !
Fikir-fikirkanlah…
0 comments:
Post a Comment